Pasport penulis blog, Alvin Tan akan dibatalkan secepat mungkin dan kini individu tersebut sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata langkah itu perlu dibuat sebagai amaran kepada individu yang melanggar undang-undang negara serta mengeluarkan kenyataan kontroversi.
“Pihak imigresen menyokong penuh kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (semalam) berhubung pembatalan pasport milik Alvin yang kini berada di Amerika Syarikat,” kata Mustafa.
Pembatalan pasport Alvin ini adalah susulan kenyataan kontroversi yang dibuatnya dengan menghina agama Islam dan menghina Sultan Selangor.
Sementara itu, pasport milik aktivis Ali Abdul Jalil turut ditarik balik disebabkan kenyataannya yang menghina Sultan Selangor serta kerabat diraja Johor.
Ali kini berada di Sweden selepas mendakwa dia diugut dan tidak selamat jika terus berada di Malaysia.
Semasa ditanya pemberita mengenai status kerakyataan Alvin dan Ali, Mustafa memberitahu mereka masih warganegara Malaysia, hanya dokumen perjalanan mereka sahaja yang dibatalkan.
“Jika mereka mahu kembali ke Malaysia, mereka perlu memohon perakuan kecemasan di negara masing-masing untuk kembali. Untuk memohon semula pasport, mereka boleh membuat rayuan dan ia akan dipertimbangkan oleh pihak Imigresen,” kata Mustafa.
Tambah Mustafa, jika Alvin dan Ali terus berada di negara luar selepas pasport mereka dibatalkan, mereka akan dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin di negara-negara itu dan mereka boleh ditahan pihak berkuasa negara tersebut dan seterusnya dihantar semula ke Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya pada Isnin, susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri semalam.
Arfa Yunus
Mon Dec 08 2014

Jika Alvin dan Ali terus berada di negara luar selepas pasport mereka dibatalkan, mereka akan dianggap sebagai PATI di negara-negara berkenaan - Imigresen.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KDN nafi Ali Abdul Jalil tiba di Malaysia tengah hari ini
KDN hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini.

Alvin Tan, Ali Abdul Jalil diminta serahkan pasport masing-masing
Blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil diminta hadir di Jabatan Imigresen Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk menyerahkan pasport masing-masing.

Malaysia tiada hasrat mohon ekstradisi Alvin Tan, Ali Abdul Jalil
Ahmad Zahid Hamidi yakin Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil, yang kini berada di luar negara untuk mendapatkan perlindungan politik, akan pulang ke tanah air suatu hari nanti.

Perlembagaan Persekutuan membolehkan kewarganegaraan Alvin, Ali dilucutkan
Keputusan kerajaan untuk menarik balik pasport antarabangsa penulis blog seks, Alvin Tan dan aktivis bebas, Ali Abd Jalil, lebih banyak suara muncul untuk turut melucutkan taraf kerakyatan mereka.

Pasport Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dibatal serta-merta
Pasport penulis blog, Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil akan dibatalkan secepat mungkin dan kini sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.