PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan pemandu teksi, V. Balamurugan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengeluarkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai kumpulan pengganas.
Dalam keputusan mahkamah itu, Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat yang mengetuai panel tiga hakim berkata selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.
Beliau berkata lima persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh peguam Balamurugan, 40, tidak memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim.
Persoalan undang-undang yang dikemukakan peguam Balamurugan berkenaan skop dan had kuasa Menteri Dalam Negeri dalam mengisytiharkan entiti di bawah Seksyen 66B(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 17 Sept 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Balamurugan untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan LTTE sebagai pengganas di negara ini namun gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang menolaknya pada 14 April lepas.
Balamurugan memohon suatu pengisytiharan dan/atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah tersebut tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang ia adalah ultra vires atau melangkaui Perlembagaan Persekutuan.
Dia menamakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Balamurugan memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan serta-merta butiran mengenai LTTE di dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 Nov 2014.
Balamurugan merupakan antara 12 individu yang didakwa pada akhir 2019 atas dakwaan menyokong LTTE.
Bagaimanapun, pada Februari 2020, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan terhadap mereka.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk S. Ambiga, Lim Wei Jiet dan Omar Kutty Abdul Aziz mewakili Balamurugan manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Ng Wee Li mewakili kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
![Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662106072_TBGAVEL.jpg)
Selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam. - Gambar hiasan
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662106072_TBGAVEL.jpg)
Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas
Selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.
![Pemandu teksi mohon kebenaran merayu untuk keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas Pemandu teksi mohon kebenaran merayu untuk keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653049156_IstanaKehakiman.jpg)
Pemandu teksi mohon kebenaran merayu untuk keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas
Dalam permohonannya yang difailkan pada 13 Mei, Balamurugan mengemukakan lima persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.
![LTTE: Ketua Polis Johor terima ugutan bunuh LTTE: Ketua Polis Johor terima ugutan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597229709_KetuaPolisJohorDa.jpg)
LTTE: Ketua Polis Johor terima ugutan bunuh
Ancaman bunuh itu diterima Ayob Khan dua minggu lalu menerusi panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kepada pegawainya.
![Ugut bunuh Ketua Polis Negara, Sebastian kini diburu - Bukit Aman Ugut bunuh Ketua Polis Negara, Sebastian kini diburu - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603208203_TBHuzirMohamed.jpg)
Ugut bunuh Ketua Polis Negara, Sebastian kini diburu - Bukit Aman
Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sedang mengesan suspek.
![Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas - Tun M Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599114931_sidangmedia.jpg)
"Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas" - Tun M
Bagaimanapun, LTTE tidak sewajarnya diambil tindakan seperti menggelarkan mereka pengganas hanya kerana isu di Sri Lanka.
![LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584354431_TBjpg.jpg)
LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam
Beliau, bagaimanapun, meyakini bahawa kes itu sudah tamat berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah.
![Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513156897_menterikpdnkk.jpg)
Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.
![LTTE: Lapan lelaki termasuk ADUN Gadek bebas LTTE: Lapan lelaki termasuk ADUN Gadek bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582604903_GadekGSaminathan.jpg)
LTTE: Lapan lelaki termasuk ADUN Gadek bebas
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
![LTTE: ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren lepas bebas LTTE: ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren lepas bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582517538_TBLTTE.jpg)
LTTE: ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren lepas bebas
Peguam Ramkarpal Singh memohon supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tersebut.
![5 topik untuk sembang hari ini 5 topik untuk sembang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577483498_TBTOPIK.jpg)
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.