Susulan cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuka semula kertas siasatan terhadap 12 rakyat Malaysia yang didakwa terbabit dalam aktiviti berkaitan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang digugurkan sebelum ini, perkara itu dilihat sukar untuk dilaksanakan.
Menurut pandangan Pengasas Rakyat Penyelamat Negara (RAPERA) Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang juga seorang peguam, ia berikutan keputusan dibuat mahkamah sebelum ini telah membebas dan melepaskan tertuduh.
“Dalam kes ini, terdapat dua keadaan. Pertama, bagaimana pihak mereka (KDN) ingin semak semula, saya tidak tahu apa proses yang mereka akan ambil, tetapi kebiasaannya jika individu itu sudah dilepaskan dan dibebaskan, saya percaya tidak ada rayuan yang boleh dibuat terhadapnya.
“Kedua, saya juga percaya dari segi undang-undang mereka tidak boleh dituduh kembali, melainkan jika yang dituduh itu telah dilepaskan tanpa dibebaskan.
“Kalau kita rujuk kepada Kanun Tatacara Jenayah juga, Seksyen 302 (1), dengan jelas memperuntukkan bahawa, tertuduh yang telah dilepas dan dibebaskan tidak boleh dibicarakan lagi dengan kesalahan sama mahupun fakta yang sama, terhadap kesalahan yang lain, jadi itu peruntukan undang-undang yang sangat jelas,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Jahaberdeen berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pada Khamis bahawa kementerian itu akan mengadakan perbincangan bersama agensi berkaitan untuk menyemak semula keputusan bekas Peguam Negara yang tidak meneruskan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu dikaitkan dengan kumpulan LTTE.
BACA: Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.
Thomas menjelaskan keputusan beliau menggugurkan kesemua 34 pendakwaan terhadap kesemua 12 tertuduh dikaitkan dengan LTTE setelah membuat keputusan bahawa tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap mereka.
BACA: LTTE: Peguam Negara hentikan prosiding terhadap 12 tertuduh serta merta
Namun, sehari selepas keputusan dibuat, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri, mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014.
Katanya, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan status kumpulan itu berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.
BACA: Jangan campur tangan, LTTE kekal kumpulan pengganas - Muhyiddin
Diminta mengulas mengenai bidang kuasa Peguam Negara untuk membuka semula kertas siasatan itu, Jahaberdeen berpendapat jika ingin dibuka semula atas fakta dan kesalahan pertuduhan yang sama, ia disifatkan sebagai sia-sia.
“Dia berbalik kepada persoalan pertuduhan semula itu atas kesalahan apa, berdasarkan fakta dan kesalahan yang mana dan jika ia fakta yang sama, maka ia seperti satu kerja yang sia-sia dan kalau itu keadaannya, maka tidak boleh.
“Peraturan, undang-undang perlu jelas dan mempunyai satu kesudahan tetapi jika ingin buka semula setakat ingin mengkaji, maka itu memang boleh,” jelasnya.
Beliau, bagaimanapun yakin bahawa kes itu sudah tamat berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah.
“Saya lihat kes ini sudah tamat kerana orang yang disabitkan dengan kesalahan tidak boleh dituduh sekali lagi dengan kesalahan yang sama dan pada nada yang sama, orang yang telah dilepaskan dan dibebaskan juga tidak boleh dituduh balik atas kesalahan yang sama.
“Jadi, akhirnya undang-undang itu bersifat ‘certainty’ (ada kepastiannya),” katanya.
BACA: LTTE: Lapan lelaki termasuk ADUN Gadek bebas
BACA: LTTE: ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren lepas bebas
Najmi Syahiran Mamat
Fri Mar 13 2020

Jahaberdeen yakin bahawa kes itu sudah tamat berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas
Selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.

"Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas" - Tun M
Bagaimanapun, LTTE tidak sewajarnya diambil tindakan seperti menggelarkan mereka pengganas hanya kerana isu di Sri Lanka.

LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam
Beliau, bagaimanapun, meyakini bahawa kes itu sudah tamat berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah.

Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.

LTTE: Polis belum terima makluman rasmi daripada pejabat Peguam Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya masih belum menerima sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Kenyataan penuh Peguam Negara Tommy Thomas berhubung perbicaraan LTTE
Keputusan muktamad itu dibuat selepas melihat tidak ada prospek jelas untuk sabitan ke atas mana-mana 34 pertuduhan dikenakan.

LTTE: Peguam Negara hentikan prosiding terhadap 12 tertuduh serta merta
Tiada prospek jelas untuk sabitan mana-mana 12 tertuduh berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), jelas Peguam Negara, Tommy Thomas menerusi satu kenyataan yang dibuat hari ini.

Permohonan jamin dua ADUN, CEO berkaitan LTTE ditolak
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menolak permohonan ikat jamin terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung penglibatan kumpulan pengganas LTTE.

LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakan itu telah dibuat pihaknya bersama Ketua Polis Negara dan pegawai yang terlibat berkenaan dakwaan itu.

LTTE: Tiada tawaran jaminan untuk ADUN Gadek
Tiada sebarang tawaran jaminan diberikan kepada ADUN Gadek, G Saminathan, 34 tahun yang menjadi suspek menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).