KUANTAN: Seorang peraih ikan hari ini dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memandu dalam keadaan mabuk dan melawan arus sejauh tujuh kilometer sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Alam Flora.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Teoh Kian Peng, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.
Sebelum ini Teoh didakwa membunuh Irwan Herman Kamaruddin, 41, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Hari ini Teoh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memandu dalam keadaan melebihi kadar alkhohol yang dibenarkan sehingga menyebabkan kematian Irwan Herman di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran sebuah stesen minyak di Bukit Rangin di sini pada jam 9.20 malam, 25 Mei 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 44(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 44 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.
Hakim itu mengenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun bercagar RM20,000 dengan seorang penjamin dan denda RM8,000 atau penjara empat bulan selain perlu mematuhi syarat tidak boleh menyertai aktiviti berkaitan alkohol selama dua tahun.
Teoh juga diwajibkan melapor diri di balai polis pada Isnin pertama setiap bulan, selain lesen memandunya digantung selama lima tahun dengan butiran kesalahan dicatat pada lesen itu.
"Jika tertuduh melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan, seperti ditangkap memandu dalam keadaan mabuk atau ditahan mengambil minuman beralkohol di pub atau sebagainya, maka tertuduh akan dibawa ke mahkamah ini untuk terus dipenjara selama lima tahun," kata hakim itu dalam penghakimannya.
Selain itu, Zainal Azman juga memerintahkan Teoh, yang merupakan bapa kepada tiga anak berusia antara 12 dan 17 tahun untuk membayar sejumlah pampasan yang sudah dipersetujui dengan keluarga mangsa dalam tempoh 14 hari dari hari ini.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 80 hari bermula dari tarikh tangkap, denda RM5,000 atau penjara dua bulan penjara dan butiran kesalahan dicatatkan pada lesen ke atas Teoh bagi pertuduhan kedua iaitu memandu secara melulu dan berbahaya kepada orang awam pada waktu dan tempat sama.
Tertuduh ditangkap pada 25 Mei 2020 dan telah berada dalam penjara selama 86 hari, selepas dihadapkan ke mahkamah di sini pada 1 Jun 2020 atas pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang merupakan kesalahan tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin.
Zainal Azman dalam penghakimannya menyifatkan kes itu sebagai kejadian tragis pelanggaran dua buah kereta, yang mana tertuduh tidak menafikan kesilapannya telah menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak boleh diganti.
"Mahkamah juga dimaklumkan tentang usaha murni tertuduh yang berbincang sendiri dengan keluarga si mati untuk membantu mereka, selain telah mendengar keterangan ayah si mati (Kamaruddin Darsono, 66) berhubung persetujuan pampasan antara kedua-dua pihak," katanya.
Selain itu, Zainal Azman berkata mahkamah juga mengambil kira rayuan tertuduh berhubung tahap kesihatannya iaitu mengalami sakit tulang belakang termasuk pernah menjalani pembedahan di hospital swasta pada September tahun lalu dan masih menjalani sesi fisioterapi selain menghidap hipertensi dan hepatitis B.
Teoh diwakili barisan peguam Mohamad Hamizey Mat Taib, Datuk Zailan Mohamed dan Muhammad Syazwan Mohd Salleh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan dan peguam Muhammad Saifuldin Ab Rahman hadir sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.
Irwan Herman semasa kejadian memandu Toyota Yaris miliknya dari rumahnya di Sungai Isap Perdana di sini, untuk ke tempat kerja di Depoh Alam Flora di Gebeng manakala tertuduh dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kemunting di sini, dari rumah rakannya di Semambu.
Mangsa yang parah di kepala dan dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Teoh Kian Peng, 43, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.

Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.

149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.

Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sekolah di Port Dickson.

Pengguna jalan raya kejar, tahan pemandu mabuk lari selepas langgar 2 pelajar
Seorang pemandu mabuk ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas melanggar dua pelajar sekolah di persimpangan lampu isyarat Cheng Height, di sini petang semalam.

Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.

Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari
Tempoh reman dibenarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.

Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah pada Ahad.