AKHIR-AKHIR ini kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan, mendesak kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi menanganinya.
Bagaikan insiden bermusim, satu demi satu kes nahas sedemikian dilaporkan baru-baru ini mencetuskan sentimen dalam kalangan rakyat yang mahukan kerajaan mengambil tindakan tuntas terhadap individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Memahami keresahan rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Ketepikan perbezaan politik kerana ini berkaitan nyawa manusia dan akibat yang perlu ditanggung waris mangsa. Apakah kesungguhan politik dalam kalangan pemimpin kita bagi menangani isu pemandu mabuk ini?
Mungkin kita boleh mengambil iktibar dan mempelajari pengalaman negara-negara lain yang melaksanakan hukuman berat dan dilihat boleh menjadi pengajaran kepada orang lain.
Jenayah membunuh
Negara maju seperti Kanada meletakkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di bawah kanun jenayah dengan hukuman menyebabkan kematian boleh dipenjara seumur hidup manakala pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan boleh dipenjara sehingga 14 tahun.
Di United Kingdom, hukuman bagi pemandu yang menyebabkan kematian disebabkan kecuaian ketika berada di bawah pengaruh alkohol ialah dipenjara selama 14 tahun dengan denda tanpa had serta digantung lesen memandu selama dua tahun.
Kabinet Taiwan pula meluluskan satu pindaan terhadap kanun keseksaan yang menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan membunuh. Jika pesalah berniat menyebabkan kematian, dia boleh dihukum mati.
Menerusi pelaksanaan hukuman sedemikian barulah pesalah yang menyebabkan kemalangan maut ketika memandu dalam keadaan mabuk menganggap perkara berkenaan sebagai satu kes yang serius.
Di Malaysia, mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk hanya dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.
Undang-undang ini dilihat lemah, seakan tidak setimpal dengan kesalahan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kesengsaraan kepada mangsa dan waris.
Nyawa jadi murah
Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan 21 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sepanjang lima bulan pertama tahun ini dengan lapan mangsa meninggal dunia, iaitu peningkatan ketara berbanding 23 kes sepanjang tahun lepas.
Seperti tidak ada nilai, nyawa melayang begitu sahaja disebabkan kehilangan siuman seorang pemabuk yang boleh mengundang risiko kemalangan 13 kali ganda berbanding individu yang tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
Menyifatkan dasar dan peraturan tentang pemandu mabuk di negara ini sudah kuno dan lapuk, pakar psikologi kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din menyatakan definisi, skop dan tingkah laku pemandu mabuk harus diperjelaskan.
"Manusia semakin celaru dan berani melanggar peraturan sedia ada. Penguatkuasaan juga mungkin menjadi sukar dengan garis panduan lapuk yang ada kebolosan, ketirisan dan tidak tepat untuk dilaksanakan
"Kita gagal untuk melihat bahawa pemandu mabuk adalah orang yang tidak siuman yang sedang berada di dalam tubuh yang siuman dan sepatutnya dilarang berada di kawasan awam sebaliknya wajib berada di premis persendirian atau di rumah masing-masing," katanya kepada Bernama.
Had kandungan alkohol
Dalam menguatkuasakan hukuman lebih berat, had kandungan alkohol dalam darah (BAC) bagi individu di bawah pengaruh alkohol yang diguna pakai juga perlu disemak semula dan dikurangkan kepada 0.05 selaras piawaian antarabangsa seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Prof Dr Kulanthayan KC Mani berkata pada masa ini, had kandungan alkohol yang diguna pakai di Malaysia ialah 0.08.
"Jika 0.05 sudah memberi kesan memabukkan apatah lagi had kandungan 0.08 yang diguna pakai di Malaysia. Jika kita dapat kurangkan kepada 0.05 lebih ramai pemandu dan pengguna jalan raya yang berkongsi jalan sama dapat diselamatkan," katanya.
WHO menyasarkan semua negara dapat mengurangkan kematian dan kecederaan sebanyak 50 peratus disebabkan pemanduan mabuk menjelang 2030.
Menurut Dr Kulanthayan, apa yang lebih penting pada masa ini ialah mengoptimumkan undang-undang sedia ada dan semua pihak memainkan peranan masing-masing tanpa mengharapkan sepenuhnya pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Penguatkuasaan kendiri, keluarga, komuniti, majikan dan industri, jika diperkenalkan dan dilaksanakan secara aktif, akan membantu membendung pelanggaran peraturan jalan raya termasuk pemanduan semasa mabuk," katanya.
Selain itu, penjualan alkohol juga perlu dihadkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih berkesan, kata Exco Pertubuhan Pengamal Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur (KLCPPA) Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir.
Menurut beliau, New Zealand dan Belanda antara negara yang mengenakan undang-undang ketat terhadap penjualan alkohol.
"Di Malaysia alkohol boleh dibeli pada bila-bila masa terutama dari kedai 24 jam," katanya sambil mencadangkan pengusaha kelab malam membuat ujian pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI) terhadap pelanggan mereka dan memeriksa had alkohol dalam darah sebelum membenarkan mereka memandu pulang.
"Macam sekarang musim COVID-19 yang perlu periksa suhu badan untuk memasuki premis, jika demam tidak dibenarkan masuk. Begitu juga kepada mereka yang mengambil alkohol, jika lebih daripada BAC yang ditetapkan tidak dibenarkan memandu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020

Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan 21 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sepanjang lima bulan pertama tahun ini. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.

Keluarga berharap pembunuh Cikgu Istiqomah dihukum gantung
Keluarga guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, mahukan keadilan dengan hukuman setimpal dikenakan terhadap pembunuh wanita itu.

Ceroboh tapak pembinaan, warga Myanmar dipenjara tiga bulan
Seorang lelaki warga Myanmar dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh kawasan tapak pembinaan perumahan pada Jumaat lepas.

Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita
Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membakar sebuah kereta milik seorang wanita, dua bulan lepas.

'Harap itu bukan Bella' - Keluarga
Keluarga berharap rangka tidak sempurna yang dijumpai dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, bukan Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember.

Kes Sulu: Azalina harap Mahkamah Madrid jatuhkan hukuman setimpal ke atas Stampa
Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Dis ini.

Lelaki didenda RM10,000 pukul anak tiri kerana tak dapat jawab soalan Matematik
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang peniaga nasi lemak RM10,000, kerana memukul anak tirinya yang berusia enam tahun dengan rotan sehingga cedera, ekoran gagal menjawab soalan Matematik.

Darjah kebesaran negeri ditarik balik jika terlibat rasuah, salah guna kuasa - Sultan Selangor
Pegawai kerajaan yang didapati bersalah kes rasuah dan pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

Label halal palsu: Kerajaan harus proaktif bongkar kes rasuah babitkan penjawat awam - Salahuddin
Salahuddin juga mahu hukuman setimpal dijatuhkan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Pemandu mabuk: Adakah hukuman berat mampu menanganinya?
Akhir-akhir ini kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan, mendesak kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi