KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Dis ini atas dua kes jenayah berkaitan award akhir kepada Kumpulan Sulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau sedikit khuatir kerana Stampa merupakan individu yang amat berpengaruh di Madrid.
"Ayahnya seorang yang terkenal malah terlibat dalam proses kemerdekaan negara Sepanyol, terlibat dalam gerakan revolusi ketika itu, dia juga seorang peguam, maknanya ayah dia dan keluarga dia orang berpengaruh.
"Kami harap tiada tekanan secara negatif sebab dah terang yang dia melanggar banyak undang-undang di Sepanyol," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara: Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI di Wisma BERNAMA hari ini.
Azalina berkata beliau bersama pihak Jabatan Peguam Negara dan beberapa pegawai antarabangsa akan ke Sepanyol bagi mengikuti perbicaraan itu.
Azalina berkata perbicaraan dan hukuman terhadap Stampa amat penting terutama berkaitan tindakannya memberikan award meskipun pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah diberhentikan selain masih meneruskan pendengaran kes timbang tara antarabangsa dan beralih ke negara lain untuk melaksanakan keputusan terhadap Kerajaan Malaysia.
"...award itu saya bukan panggil Sulu Award tapi Sulu Fraud, mereka pergi ke banyak negara Eropah sebab negara Eropah ini bila tengok award daripada timbang tara, mereka anggap award itu sah, itu sebab kita kena bermula semula di negara yang beri award pertama iaitu di Madrid.
"Jadi kita mahu Mahkamah Madrid kenakan Stampa hukuman jenayah terhadap kedaulatan Malaysia dan ini (akan jadi) satu kemenangan kerana ini punca dia bergerak ke negara lain untuk aniaya Malaysia," katanya.
Beliau juga berkata kes Sulu menjadi teladan kepada Malaysia yang tidak mempunyai undang-undang kekebalan negara.
Azalina berkata apa yang berlaku menyaksikan Malaysia menjadi mangsa kepada Sulu Fraud yang membabitkan proses timbang tara antarabangsa.
"Ketika itu kita tidak bersedia, negara kita pun tidak stabil, jadi mereka ambil kesempatan, sebab itu kita bentang Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 bacaan kali pertama di Dewan Rakyat tempoh hari," katanya.
Beliau berkata rang undang-undang itu antara lain bertujuan mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia serta akan dibentang bagi bacaan kali kedua pada sesi pembukaan Parlimen berikutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Azalina berkata beliau sedikit khuatir kerana Stampa merupakan individu yang amat berpengaruh di Madrid. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.

Keluarga berharap pembunuh Cikgu Istiqomah dihukum gantung
Keluarga guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, mahukan keadilan dengan hukuman setimpal dikenakan terhadap pembunuh wanita itu.

Ceroboh tapak pembinaan, warga Myanmar dipenjara tiga bulan
Seorang lelaki warga Myanmar dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh kawasan tapak pembinaan perumahan pada Jumaat lepas.

Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita
Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membakar sebuah kereta milik seorang wanita, dua bulan lepas.

'Harap itu bukan Bella' - Keluarga
Keluarga berharap rangka tidak sempurna yang dijumpai dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, bukan Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember.

Kes Sulu: Azalina harap Mahkamah Madrid jatuhkan hukuman setimpal ke atas Stampa
Kerajaan Malaysia berharap Mahkamah Madrid akan menjatuhi hukuman setimpal ke atas penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa yang bakal dibicarakan pada 11 Dis ini.

Lelaki didenda RM10,000 pukul anak tiri kerana tak dapat jawab soalan Matematik
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang peniaga nasi lemak RM10,000, kerana memukul anak tirinya yang berusia enam tahun dengan rotan sehingga cedera, ekoran gagal menjawab soalan Matematik.

Darjah kebesaran negeri ditarik balik jika terlibat rasuah, salah guna kuasa - Sultan Selangor
Pegawai kerajaan yang didapati bersalah kes rasuah dan pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

Label halal palsu: Kerajaan harus proaktif bongkar kes rasuah babitkan penjawat awam - Salahuddin
Salahuddin juga mahu hukuman setimpal dijatuhkan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Pemandu mabuk: Adakah hukuman berat mampu menanganinya?
Akhir-akhir ini kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan, mendesak kerajaan mengetatkan undang-undang berkaitan bagi