KUALA LUMPUR:Susulan pendedahan sindiket penipuan daging halal di Johor baru-baru ini, kerajaan digesa lebih proaktif dalam membongkar kes rasuah dan salah saku membabitkan penjawat awam.
Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga mahu hukuman setimpal dijatuhkan terhadap pihak yang bertanggungjawab.
"Saya mendesak pihak berautoriti untuk memberi hukuman setimpal ke atas penjenayah yang terlibat.
"Saya juga berharap agar kerajaan lebih proaktif dalam menggali lubang rasuah dan salah laku yang membarah di dalam agensi kerajaan untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang kembali," katanya.
Salahuddin juga menuntut penjelasan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung perkara itu.
Awal bulan ini, media melaporkan sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru, diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.
Kartel berkenaan dipercayai menjadikan sebuah gudang di Senai sebagai lokasi membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula.
BACA: SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu
BACA: Henti beri pandangan isu daging seludup - Jakim
Salahuddin berkata, Zulkifli harus memberi penjelasan berhubung dakwaan wujud penyalahgunaan kuasa di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menguruskan sijil halal itu.
"Isu ini jelas membangkitkan persoalan berkenaan integriti agensi terbabit dalam pembangunan industri halal negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menggesa agar kerajaan mengambil serius kes-kes keselamatan makanan dengan memperhalusi, memantau dan menilai garis panduan kemasukan makanan.
Ia bagi memastikan setiap makanan yang dipasarkan selamat dan mengikut ketetapan, tambahnya.
Hafizi Rosli
Thu Dec 24 2020

SALAHUDDIN: "Saya juga harap kerajaan lebih proaktif dalam menggali lubang rasuah dan salah laku yang membarah di dalam agensi kerajaan untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang kembali." - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

JKDM rampas empat kontena daging babi bernilai RM2.7 juta
Daging tersebut dirampas oleh bahagian penguatkuasaan pihaknya dalam operasi pada 13 Feb lepas di Pelabuhan Utara.

Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak
Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.

MAQIS P. Pinang rampas daging kerbau sejuk beku India bernilai lebih RM262,000
Hasil pemeriksaan ke atas kontena yang membawa produk ruminan daging kerbau sejuk beku di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT).

27 tan tulang ikan tuna sejuk beku dari China dirampas Maqis Pulau Pinang
Rampasan dibuat dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Selasa lepas.

Maqis tahan seekor kucing British Shorthair dari Rusia
Menurut Maqis Selangor, mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytihar maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah suatu kesalahan.

Maqis Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200
Kesemua anak pokok dirampas kerana tidak mempunyai permit import yang sah untuk tindakan lanjut.

MAQIS Johor rampas udang harimau sejuk beku bernilai RM6,600
Jumlah udang harimau itu melebihi kuantiti yang diikrarkan dan sehubungan itu sebanyak 1,320kg udang harimau dirampas untuk tindakan lanjut.

Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih cuba dibawa masuk dari China
Anak pokok kayu putih bernilai RM11,700 itu ditemui di dalam empat bagasi yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an.

MAFI waspada tangani jangkitan LSD ke atas lembu tempatan - Che Abdullah
Sebanyak 12,757 premis telah diperiksa melibatkan 168,734 ekor lembu dan daripada jumlah itu, sebanyak 169 ekor lembu dari 101 premis positif LSD.

Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat
Sebuah kontena membawa 997 beg susu formula didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.