JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 24,925 kilogram susu formula bernilai RM304,583 dari Amerika Syarikat di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.
Pengarahnya Hizzuan Hasim berkata, rampasan itu susulan pemeriksaan oleh pihaknya pada 12 tengah hari terhadap sebuah kontena membawa 997 beg susu formula yang didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.
"Hasil siasatan mendapati nombor kilang pemprosesan yang dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar serta label bungkusan adalah berbeza. Justeru, kesemua susu formula itu dirampas untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya tindakan mengimport apa sahaja jenis keluaran pertanian dengan menggunakan atau memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen yang palsu atau tidak tepat serta mengelirukan adalah suatu kesalahan.
Hizzuan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021

Sebuah kontena yang membawa 24,925 kilogram (kg) susu tepung dari Amerika Syarikat ditahan di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, kerana mengemukakan sijil kesihatan dengan nombor siri berbeza pada labelnya. - MAQIS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Inovasi Farm Fresh GROW, Siti Nurhaliza jadi duta rasmi
Pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia, Farm Fresh Berhad melancarkan produk baharunya, Farm Fresh GROW, sejajar usaha menyokong gaya hidup sihat khusus bagi kanak-kanak di Malaysia.

Amalkan 7 susu ini untuk ibu hamil
Ada yang mengatakan susu untuk ibu hamil penting sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi apakah jenis susu untuk ibu mengandung yang sesuai? Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.

Kopi, teh bukan untuk kanak-kanak! Ini punca berat anak tak naik
Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika perlu, beri dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, dan ais krim buah.

Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat
Sebuah kontena membawa 997 beg susu formula didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.

COVID-19: Orang ramai berebut susu lembu, pakar kesihatan beri amaran 'ia susu biasa'
Persatuan Perubatan Indonesia dalam kenyataannya menegaskan susu itu memberi manfaat yang sama seperti susu biasa.

Lembu hasilkan lebih banyak susu apabila dengar muzik
Menjaga kebajikan haiwan adalah aspek utama untuk mendapatkan hasil ternakan yang baik.

Holstein rangkul anugerah strategi perniagaan terbaik peringkat ASEAN
Holstein menyasarkan untuk meningkatkan penghasilan susu kepada 10 juta liter setahun bagi ladang, iaitu di Lembah Tenusu Muadzam, Pahang, berbanding 8 juta liter setakat ini.

Bayi 20 hari meninggal dunia dipercayai tersedak susu
Kejadian disedari bapa angkat bayi itu yang berusia 35 tahun, apabila mendapati anaknya tidak sedarkan diri, kira-kira pukul 10 pagi.

Dutch Lady jual tanah kilang di Petaling Jaya
Ejen hartanah bebas telah dilantik untuk mendapatkan tawaran daripada pasaran terbuka.