RANTAU PANJANG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa berwaspada dan peka terhadap isu penularan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) atau kulit kental/berbonjol yang menjadi kegusaran penternak-penternak lembu di dalam negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sentiasa memantau dan memeriksa premis-premis di seluruh negara bagi mengesan ternakan lembu yang dijangkiti.
Beliau berkata sehingga semalam, sebanyak 12,757 premis telah diperiksa melibatkan 168,734 ekor lembu dan daripada jumlah itu, sebanyak 169 ekor lembu dari 101 premis positif LSD.
"Bagi Kelantan sahaja sebanyak 608 premis telah diperiksa melibatkan 6,092 ekor lembu dan didapati 14 ekor lembu disahkan positif," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Stesen Kuarantin MAQIS Rantau Panjang di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata di Stesen Kuarantin MAQIS Rantau Panjang, terdapat 59 ekor lembu yang ditahan hasil usaha sama MAQIS bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sentiasa komited dalam mengekang aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan negara.
Katanya, secara keseluruhannya lima daripada 59 ekor lembu yang ditahan tersebut disyaki terdapat tanda-tanda klinikal LSD.
"Pada Mei lepas, difahamkan MAQIS Kelantan turut mengesan dan mengesyaki terdapat 14 daripada 235 ekor lembu yang diimport dari Thailand mempunyai tanda-tanda penyakit LSD semasa dalam tempoh kuarantin.
"MAQIS juga telah membuat pemantauan rapi ke atas kesemua lembu tersebut dengan kerjasama pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mengawal serta mengelak penyakit tersebut daripada terus merebak dan menjejaskan industri ternakan lembu khususnya di Kelantan," katanya.
Che Abdullah berkata MAFI melalui MAQIS akan terus mempertingkat kawalan dan penguatkuasaan di sempadan khususnya di pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian serta penternakan negara dapat dibendung serta dikawal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021

Sehingga semalam, sebanyak 12,757 premis telah diperiksa melibatkan 168,734 ekor lembu dan daripada jumlah itu, sebanyak 169 ekor lembu dari 101 premis positif LSD. - Gambar fail/Kenyataan Media

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.

Malaysia berminat belajar ternakan udang putih dari Thailand
Wilayah Surat Thani di selatan Thailand merupakan pengeluar utama udang putih (vannamei), durian dan minyak sawit.

Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."

Banjir: Bina reban, kandang terapung elak ternakan hanyut
Seorang pekerja kampung nekad membina reban dan kandang terapung demi menyelamatkan haiwan ternakannya ketika banjir.

New Zealand henti eksport ternakan melalui laut
Menurut Rang Undang-undang Pindaan Kebajikan Haiwan, eksport ternakan New Zealand melalui laut akan dihentikan pada 30 April 2023.

Pindaan Akta 141 beri kuasa kepada FAMA main peranan pasarkan komoditi ternakan
Pindaan berkenaan juga, akan memberi peluang kepada penternak untuk memasarkan produk ternakan mereka, melalui agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu.

26 item pertanian catat kadar sara diri lebih 100 peratus pada 2021
Sebanyak 26 item pertanian terpilih mencatatkan Kadar Sara Diri (SSR) melebihi 100% bagi 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pindaan Akta FAMA pada sesi Parlimen Julai - Ronald Kiandee
Pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 akan dibawa ke sesi Parlimen pada Julai depan bagi membolehkan FAMA mengurus pemasaran komoditi ternakan tertentu.