KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 item pertanian terpilih mencatatkan Kadar Sara Diri (SSR) melebihi 100 peratus bagi 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menerusi statistik dikeluarkan DOSM hari ini, jabatan itu memaklumkan 10 daripada 14 buah-buahan terpilih merekodkan SSR lebih 100 peratus, dengan betik kekal mencatatkan kadar tertinggi iaitu 146.9 peratus, diikuti tembikai (139.5 peratus) dan cempedak atau nangka (110.8 peratus).
"Sementara itu, kebolehupayaan negara mengeluarkan mangga tempatan untuk memenuhi keperluan domestik kekal terendah iaitu 16.2 peratus, menurun daripada 20.2 peratus pada 2020," menurut jabatan itu.
Bagi sayur-sayuran terpilih, DOSM memaklumkan tujuh daripada 10 bekalan makanan itu mencatat lebih 100 peratus dengan tomato merekodkan SSR tertinggi iaitu 118.9 peratus manakala cili kekal pada kadar terendah iaitu 29.3 peratus.
Sementara itu, dua tanaman lain terpilih iaitu tebu dan ubi kayu masing-masing mencatatkan SSR 149.4 peratus dan 100.2 peratus.
Menurut DOSM, untuk item ternakan terpilih pula, daging itik merekodkan SSR sebanyak 130.6 peratus dan telur ayam atau itik pada kadar 114.4 peratus.
Statistik itu turut menyatakan lima daripada 13 perikanan terpilih merekodkan SSR lebih 100 peratus iaitu keli (108.3 peratus), ketam (104.4 peratus), mackerel (100.7 peratus), udang (100.4 peratus) dan patin (100 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022

Sebanyak 26 item pertanian terpilih mencatatkan Kadar Sara Diri (SSR) melebihi 100 peratus bagi 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Masalah air di Kelantan perlu ditangani segera, bantu pesawah tingkat hasil padi
Kerjasama antara KADA, Kerajaan Negeri Kelantan dan JPS penting bagi memastikan keberkesanan sistem pengairan di kawasan pesawah.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Malaysia, Kyrgyz sedia teroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian
Perkara itu disepakati dalam pertemuan antara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Duta Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia Anvar Anarbaev.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.

Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.

MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.

MAHA 2024 tampilkan konsep 'Best of the Best' di Dewan A
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 telah memperkenalkan konsep 'Best of the Best' di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).