BUKIT MERTAJAM: Pengusaha ternakan akuakultur di bawah Jabatan Perikanan digesa untuk mendaftar dengan sistem GeoAgro sebelum membuat permohonan bagi program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).
Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata berdasarkan rekod terdapat kira-kira 7,900 penternak akuakultur yang berdaftar dengan jabatan itu di seluruh Semenanjung dan hanya 1,232 yang telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
"Seperti semua sedia maklum kerajaan sekarang ini sedang melaksanakan penyasaran subsidi jadi kita hendak menggalakkan penternak supaya berdaftar dengan GeoAgro terlebih dahulu bagi mendapatkan data-data asas.
"Kita ada lebih kurang 7,900 penternak akuakultur yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, justeru, kita mengharapkan agar kumpulan sasar ini dapat daftar segera dan sekiranya layak dengan syarat ditetapkan, maka langkah seterusnya adalah memohon BUDI MADANI bagi membolehkan mereka menerima bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival myAgroprenur (myAP) dan myKomuniti Perikanan (myKP) Zon Utara 2024 di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Khazlita Adzim Abdol Aziz.
Karnival dua hari itu yang mengumpulkan 18 usahawan dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis bertujuan membantu mereka mengembangkan serta mempromosikan pasaran produk tempatan terus kepada masyarakat.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan baru-baru ini memaklumkan pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung, layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan menerusi Program BUDI MADANI mulai 28 Mei.
Adnan berkata pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak boleh membuat permohonan itu di bawah kategori Budi Individu manakala petani dan pekebun kecil di bawah Budi Agri-Komoditi.
Dalam pada itu, beliau berkata tiga subsektor utama perikanan di bawah jabatan itu akan terlibat dengan Bancian Pertanian 2024 yang bakal dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selama tiga bulan bermula 7 Julai hingga 10 Oktober ini.
"Ia meliputi subsektor perikanan tangkapan yang melibatkan nelayan yang menangkap ikan di laut, subsektor akuakultur dan juga subsektor nelayan darat yang menangkap ikan di sungai, tasik dan lombong.
"Ketika ini, kita ada lebih kurang 49,000 bot penangkapan ikan berlesen yang berdaftar di seluruh negara selain 21,000 penternak akuakultur dan 14,000 nelayan darat. Kumpulan ini dijangka terlibat dalam banci yang akan dijalankan dan kita harap kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh mereka bagi menjayakan bancian ini," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menganggarkan sebanyak 1.6 juta pihak dalam sektor pertanian terlibat dalam Banci Pertanian 2024, melibatkan kumpulan petani, pemegang kecil serta pertubuhan dan syarikat besar berkaitan pertanian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Karnival myAgroprenur dan myKomuniti Perikanan Zon Utara 2024 berlangsung di Bukit Mertajam pada Sabtu, dengan turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Khazlita Adzim Abdol Aziz. - Foto Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.

Malaysia berminat belajar ternakan udang putih dari Thailand
Wilayah Surat Thani di selatan Thailand merupakan pengeluar utama udang putih (vannamei), durian dan minyak sawit.

Ternakan di dalam negara bebas penyakit Nipah - DVS
Status itu adalah berdasarkan hasil survelan ke atas 399 sampel babi komersial sehingga Ogos lepas yang mendapati keputusan ujian adalah negatif.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."

Banjir: Bina reban, kandang terapung elak ternakan hanyut
Seorang pekerja kampung nekad membina reban dan kandang terapung demi menyelamatkan haiwan ternakannya ketika banjir.

New Zealand henti eksport ternakan melalui laut
Menurut Rang Undang-undang Pindaan Kebajikan Haiwan, eksport ternakan New Zealand melalui laut akan dihentikan pada 30 April 2023.

Pindaan Akta 141 beri kuasa kepada FAMA main peranan pasarkan komoditi ternakan
Pindaan berkenaan juga, akan memberi peluang kepada penternak untuk memasarkan produk ternakan mereka, melalui agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu.

26 item pertanian catat kadar sara diri lebih 100 peratus pada 2021
Sebanyak 26 item pertanian terpilih mencatatkan Kadar Sara Diri (SSR) melebihi 100% bagi 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pindaan Akta FAMA pada sesi Parlimen Julai - Ronald Kiandee
Pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 akan dibawa ke sesi Parlimen pada Julai depan bagi membolehkan FAMA mengurus pemasaran komoditi ternakan tertentu.