KULAI: Pemandu bas ekspres maut, manakala lapan cedera termasuk tiga penumpang bas terbabit dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 32.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) di sini, malam tadi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Ismail Tapah, 65 tahun.
Ketua Polis daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata kemalangan jam 9.30 malam itu turut membabitkan sebuah lori dan kereta.
Katanya mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Lapan penumpang bas terbabit mengalami cedera ringan dan pemandu kereta serta lori tidak mengalami kecederaan.
"Hasil siasaran awal mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila lori yang sedang bergerak terus menghala ke arah utara telah terbabas di tengah jalan dan tersangkut di bahagian tengah besi penghadang jalan.
"Kemudian datang bas ekspres dari arah sama yang tidak sempat mengelak telah melanggar lori dari belakang.
"Akibat pelanggaran tersebut bas telah terbabas ke longkang di kiri jalan. Manakala kereta telah terkena lori akibat perlanggaran dengan bas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Beng Yeow, kenderaan dibawa ke Puspakom Senai untuk pemeriksaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulau, Fairuz Helmi Mohd Ali berkata 22 anggota dari BBP kulai dan Senai digerakkan ke lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 10.17 malam.
'Menurut komander operasi, Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori Isuzu dan sebuah bas.
"PKO bertindak mengeluarkan 3 mangsa cedera dan seorang mangsa meninggal dunia dari kenderaan bas dan lori.
"Kesemua mangsa yang cedera dihantar kehospital menggunakan ambulans KKM manakala mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Jan 10 2023

Kemalangan jam 9.30 malam itu turut membabitkan sebuah lori dan kereta. - Foto JBPM

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

MPM bakal naik taraf sistem dengan AI, jana transkrip segera semasa prosiding
Ia berupaya menjana transkrip segera semasa prosiding kes bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menyelaraskan kefahaman komunikasi.

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.

Wanita maut, anak dan cucu cedera kemalangan di Kota Tinggi
Seorang wanita maut, manakala anak dan cucu perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 9.8 Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini pagi tadi.

Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai di sini hari ini.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.

Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.

Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.