ALOR GAJAH:Pelbagai agensi dan jabatan di Melaka digerakkan bagi membantu operasi pembersihan susulan insiden tumpahan minyak di Tanjung Tuan di sini hingga ke Teluk Kemang, Negeri Sembilan, pada Isnin lepas.
Antara jabatan yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Melaka dan Negeri Sembilan.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata pasukan bomba berperanan melakukan kerja-kerja menakung, mengawal, menyerap serta memindahkan tumpahan minyak di kawasan darat dan perairan yang tercemar.
"Setakat ini, JBPM Melaka telah empat hari terlibat dalam operasi pembersihan tumpahan minyak di kawasan berkenaan dan setiap hari antara empat hingga lima anggota dari Balai Alor Gajah dan Masjid Tanah ditugaskan melakukan kerja-kerja tersebut.
"Pada mulanya, dua hari pertama dalam operasi tersebut, anggota JBPM Melaka hanya terlibat melakukan pembersihan di kawasan darat tetapi masuk hari ketiga dan keempat kami telah ditugaskan di kawasan perairan," katanya kepada Bernama di sini, pada Ahad.
Beliau berkata kerja-kerja berkenaan dilakukan menggunakan peralatan khas antaranya absorbant boom, personal flotation device (PFD), kelengkapan perlindungan diri (PPE), tali menyelamat dan bot aluminium.
BACA: Tumpahan minyak: Kerja pembersihan Pantai Cermin dan Tanjung Tuan diaktifkan
Sementara itu, Pegawai Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Leftenan Maritim Aieri Nizzam Norizan berkata Unit Udara Maritim dengan menggunakan helikopter turut digerakkan bagi memantau situasi sebenar pencemaran yang berlaku khususnya di kawasan perairan.
"Tompokan minyak yang berlaku di tengah perairan hanya boleh dilihat jelas menerusi pemandangan dari udara menggunakan helikopter berbanding dron dan sejauh mana kawasan terlibat telah dibersihkan," katanya.
Beliau berkata enam anggota Maritim turut ditugaskan di kawasan laut menggunakan bot untuk menjaga keselamatan petugas dan membantu dari segi logistik, manakala enam lagi anggota Maritim terlibat membantu agensi lain dalam kerja-kerja pembersihan di kawasan persisiran pantai.
BACA: Tumpahan minyak Port Dickson: Keputusan ujian sampel dua bulan lagi
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Norlin Jaafar semalam dilaporkan berkata dianggarkan 80 peratus kerja pembersihan berjaya dilakukan yang tertumpu di kawasan pantai, kawasan paya bakau dan di perairan Tanjung Tuan melibatkan kerjasama pelbagai agensi, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Norlin dipetik sebagai berkata kerja pembersihan itu dipengaruhi pelbagai faktor termasuk cuaca, keadaan pasang surut, keadaan fizikal kawasan terjejas, magnitud impak dan keberadaan baki sisa tumpahan atau tompokan kecil yang masih berada di laut.
Pada 12 Okt, Maritim Melaka dan Negeri Sembilan mengesan pencemaran laut disebabkan tumpahan minyak lebih kurang tiga batu nautika di perairan Tanjung Tuan hingga ke Teluk Kemang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020

Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak giat dilakukan di kawasan pokok bakau ketika tinjauan di perairan Tanjung Tuan, Alor Gajah, 18 Okt, 2020. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Letupan di Ipoh: Polis adakan mesyuarat khas dengan agensi berkaitan pada Selasa
Polis berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana pada masa ini keselamatan mereka terjamin.

SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.

MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.

Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf
Rombakan dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik.

KPKT harus jadi pusat kecemerlangan - Nga
Banyak inisiatif yang dilaksana KPKT dan agensi-agensinya bersifat proaktif serta mendahului pihak lain dalam pelbagai aspek.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

MITA gesa agensi pelancongan domestik perhebat usaha tarik pelancong asing
Beberapa agensi pelancongan tempatan tidak giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal.

Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi persekutuan dan negeri.

SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis
Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.