KUALA LUMPUR: Agensi pelancongan tempatan digesa memperhebatkan promosi kepelbagaian budaya negara ini dalam menarik lebih ramai kedatangan pelancong asing menjelang program Tahun Melawat Malaysia 2025 (TMM2025).
Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berkata, beberapa agensi pelancongan tempatan tidak giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal, sebaliknya mempromosikan percutian untuk rakyat Malaysia melancong ke destinasi antarabangsa seperti Korea Selatan, Jepun dan Turkiye.
"Ini secara tidak langsung akan merugikan negara kita. Mereka boleh mempromosikan negara luar, tetapi sekurang-kurangnya mereka juga harus promosikan negara kita sendiri juga," katanya pada sidang media mengenai program MITA Inbound Marketplace (MIM23), di sini pada Rabu.
Katanya, kebimbangan tersebut telah dimaklumkan kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing dalam pertemuan mereka di Putrajaya, semalam.
Oleh itu, katanya, mereka berharap melalui MIM23 dapat menggalakkan ejen pelancongan tempatan di seluruh negara mempromosikan Malaysia dalam kempen masing-masing dan bersedia dengan aturan program bagi menyambut kedatangan TMM 2025.
MIM23 telah menganjurkan tiga pelan hala tuju yang termasuk untuk memperjuangkan Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC) tempatan di mana MITA berhasrat untuk memperkasakan DMC dan membantu mereka untuk berjaya dan berkembang menjelang TMM2025 yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengalaman pengembaraan bernilai tinggi kepada pelancong.
Uzaidi berkata, MITA juga komited untuk mencipta pelancongan lestari tempatan dengan mempromosikan amalan pelancongan yang menyokong komuniti tempatan, memelihara warisan budaya seperti pertunjukan kebudayaan dan melindungi alam sekitar yang menawarkan pengalaman perjalanan yang tulen dan bermakna kepada pelancong.
Di samping itu, katanya, mereka sedang berusaha ke arah menguasai pasaran antarabangsa secara langsung melalui inisiatif digital bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dan membantu pemain pelancongan tempatan untuk berhubung dengan pasaran antarabangsa secara langsung.
"Pihak menteri telah bersetuju dan akan memberitahu kepada agensi di bawah kementeriannya untuk bekerjasama dengan kita, beliau akan mengarahkan jabatan kebudayaan untuk mengadakan satu petunjukan budaya," katanya, sambil menambah Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand, menawarkan pelbagai pertunjukkan kebudayaan pada waktu malam bagi pelancong.
Sementara itu, Uzaidi turut menggesa Malaysia Aiports Holding Berhad (MAHB) ntuk berusaha secara aktif menarik lebih banyak penerbangan masuk ke Malaysia serta mengadakan lebih banyak aktiviti di lapangan terbang untuk meraikan ketibaan pelancong.
"Ini adalah detik kritikal bagi industri pelancongan di Malaysia, dan kami komited untuk melakukan segala yang kami mampu untuk membantu ahli kami membuat persediaan untuk TMM2025," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Agensi pelancongan tempatan perlu giat mempromosikan destinasi dalam negara demi memeriahkan rentak pelancongan tanah air. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu menjelang Julai - Dr Zaliha
Usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

'Enam negara, satu destinasi' untuk perkukuh ASEAN sebagai hab pelancongan - PM Thai
Sebagai pintu masuk rantau ini, Paetongtarn berkata Thailand dan Malaysia berada dalam kedudukan yang unik bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.

Sektor perkhidmatan naik 6.3 peratus, catat hasil tertinggi baharu RM2.4 trilion pada 2024
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya.

Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.