SEPANG:Kesemua 138 petugas daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini, menjalani saringan COVID-19 semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan berkata daripada jumlah keseluruhan petugas yang menjalani saringan COVID-19 itu, 67 daripadanya adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata mereka yang turut menjalani saringan COVID-19 terdiri daripada 19 petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 16 petugas Jabatan Sukarelawanan Malaysia (RELA), Pejabat Daerah Sepang (13 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (18) dan Jabatan Penerangan (lima).
Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran berkata Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.
Katanya, sejak PKPD dilaksanakan pada 12 Nov, seramai 43 penduduk Medan 88 yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu dikenakan PKPD tampil menyerah diri.
Jumlah berkenaan membabitkan 32 lelaki dan 11 wanita, terdiri daripada 14 warga tempatan (11 lelaki dan tiga wanita); 19 warga Indonesia (15 lelaki dan empat wanita); tujuh Thailand (tiga lelaki dan empat wanita) dan masing-masing satu (Myanmar, India dan Nepal).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020

Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dua petugas SK Limau Purut maut dalam kemalangan
Dua petugas Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, Jerantut maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

135 petugas UNRWA terkorban dalam operasi di Gaza
Mereka merupakan sebahagian daripada 188 petugas PBB yang kehilangan nyawa semasa menjalankan tugas tahun lepas.

Lebih ramai pegawai imigresen ditugaskan di pintu masuk utama negara - Saifuddin Nasution
Sebagai permulaan, seramai 100 pegawai yang menamatkan latihan hari ini akan ditugaskan di lokasi strategik iaitu CIQ BSI dan KSAB di Johor.

Kabinet setuju tubuh pasukan petugas khas siasat Tommy Thomas - PM
Pasukan petugas tersebut ditubuhkan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Dua petugas pusat jagaan warga emas ditembak mati
Suspek merupakan rakan seorang penghuni yang tidak tahan dengan cara warga emas dilayan di pusat berkenaan.

Olimpik Tokyo: 17 kes baharu COVID-19 dilapor dalam kalangan atlet, petugas
Sejak awal bulan ini, 123 kes COVID-19 melibatkan para atlet dan penganjur temasya tersebut dilaporkan.

Wisma Persekutuan Melaka ditutup untuk sanitasi, saringan COVID-19
Wisma Persekutuan yang turut menempatkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, merekodkan 28 kes positif COVID-19 setakat 30 Jun.

Cekal harungi cabaran demi vaksinasi COVID-19 penduduk pedalaman Kinabatangan
Perjalanan ke kampung itu mengambil masa kira-kira dua jam, bermula dari Sandakan, menaiki bot merentas Laut Sulu, sebelum menyusuri Sungai Kinabatangan.

LRT bertembung: Semua petugas terlibat tidak dibenarkan kendalikan operasi tren
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, itu adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa yang diamalkan dalam perkhidmatan awam.

Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan dijangka selesai hujung bulan ini
Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menjangka pemberian suntikan vaksin petugas barisan hadapan akan selesai pada hujung bulan ini.