KINABATANGAN: "Bukan tugas mudah tetapi perlu dilaksanakan bagi melindungi rakyat." Begitulah kata-kata yang dikongsi setiap petugas yang terlibat dalam Program Outreach Pasukan Imunisasi Bergerak (MVT) di pedalaman Kinabatangan.
Penulis yang berpeluang menyertai program berkenaan mengakui memang sukar perjalanan untuk sampai ke Kampung Sri Ganda, sebuah perkampungan terpencil, terletak di tebing Sungai Kinabatangan, destinasi program MVT itu.
Perjalanan ke kampung yang mempunyai sekitar 200 orang penduduk itu mengambil masa kira-kira dua jam. Bermula dari Sandakan, menaiki bot merentas Laut Sulu, sebelum menyusuri Sungai Kinabatangan.
Ketibaan kami bersama Ketua Program Mobile Vaccination Team (MVT), Dr Maini Sabait yang juga Pegawai Perubatan dari Hospital Kinabatangan dialu-alukan penduduk kampung. Pasukan petugas kemudiannya memeriksa dewan terbuka yang dijadikan tempat suntikan vaksin COVID-19.
BAWA VAKSIN DENGAN BOT
Program suntikan MVT tertangguh seketika apabila pasukan petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kinabatangan lewat tiba di Kampung Sri Ganda, kelewatan yang tidak disengajakan. Mereka terpaksa menaiki bot jabatan berkenaan yang mempunyai kuasa enjin yang kecil, menyebabkan perjalanan memakan masa lebih tiga jam.
Situasi itu agak merunsingkan Pegawai Farmasi Thiam Kah Kit yang turut berada dalam bot berkenaan, mengenai keselamatan vaksin yang diamanahkan kepadanya. Pasukan petugas ini diringi oleh anggota Angkatan Pertahanan Awan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dari Lahad Datu.
Satu cabaran berat dipikul Kah Kit dalam memastikan vaksin yang mahal harganya dalam keadaan terbaik sebelum diberikan kepada penduduk ialah mengekalkan suhu antara 2 hingga 8 darjah celcius sepanjang hari supaya vaksin tidak rosak.
"Kena hati-hati juga sewaktu berjalan takut jambatan runtuh, vaksin dengan peti beku berat takut jambatan tak mampu tampung berat," katanya menceritakan pengalamannya melalui jambatan kayu sambil membawa kotak vaksin.
Selain jambatan reput yang terpaksa dilalui ketika memasuki kawasan kampung, cabaran membawa vaksin lebih getir apabila program suntikan dilakukan di kawasan ladang. Ini kerana hanya kenderaan pacuan empat roda boleh melalui jalan ladang yang teruk keadaannya, berlubang, berlumpur dan licin berair terutama ketika hujan.
"Botol vaksin boleh pecah kalau tidak dijaga dengan betul. Kadang-kadang kena minta pemandu jalan perlahan, " katanya, yang akan diiringi oleh sekurang-kurangnya dua orang anggota polis sewaktu proses penghantaran vaksin.
Bagi program suntikan vaksin yang lagi jauh dan terpaksa bermalam, Kah Kit akan meminta pihak ketua kampung menyediakan peti sejuk untuk membekukan ketulan ais serta membawa peti beku tambahan khas untuk ais.
Menurut beliau, vaksin akan dihantar balik ke pejabat sekiranya kawasan kampung tidak mempunyai bekalan elektrik dan dibawa semula keesokan hari untuk meneruskan program suntikan.
TETAP BERSEMANGAT
"Sakit ke, jarum tu besar tak?" adalah soalan rutin yang perlu dijawab oleh Jururawat Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan Rohana Salim, setiap kali beliau berhadapan dengan penduduk yang akan menjalani vaksinasi.
Beliau adalah jurusuntik vaksin dalam Program MVT ini.
"Ada juga penduduk yang takut dengan jarum, tapi selepas disuntik baru mengaku tidak rasa apa pun ketika disuntik," Rohana berkongsi pengalamannya menjadi jurusuntik vaksin COVID-19 kepada penduduk pedalaman di bawah program tersebut.
Difahamkan program MVT ini dimulakan pada pertengahan bulan Mei 2021 dan dijangka berterusan sehingga ke tahun 2022, bergantung seramai mana penduduk yang menerima suntikan vaksin.
Jika penduduk takut dengan jarum suntikan, petugas juga tidak terkecuali, namun ketakutan dan kerisauan mereka bukanlah pada jarum atau reaksi penduduk sebaliknya kerisauan mereka adalah ketika melalui perjalanan yang adakalanya amat meletihkan.
Namun, rata-rata petugas tetap bersedia serta bersemangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik supaya liputan imunisasi vaksin COVID-19 dapat diperluaskan, meliputi semua penduduk di kawasan ladang dan perkampungan terpencil.
Semangat memberikan perkhidmatan terbaik menghilangkan perasaan gemuruh dan takut sebaik menaiki bot merentasi laut dan menyelusuri sungai mahupun menaiki kenderaan pacuan empat roda menempuh jalan yang tidak sempurna.
Bagi jururawat yang juga jurusuntik vaksin, Friscilla Duanik pula, cabaran sebenar bagi mereka bukan sahaja berhadapan dengan penduduk yang bermacam-macam ragam tetapi menaiki bot berpindah dari kampung ke kampung lain untuk memberikan suntikan vaksin adalah amat mencabar.
"Adakalanya kami basah kuyup akibat percikan ombak atau hujan ketika menaiki bot menuju kampung, berpanas itu biasalah," kata Friscilla.
Tidak berbaloi rasanya perjalanan berjam dan berhimpit enam orang dalam pacuan empat roda atau meredah ombak dengan bot kecil apabila tiba di lokasi disambut dingin penduduk.
Namun persiapan dan tanggungjawab harus dilaksanakan, walaupun hanya seorang saja penduduk yang muncul, tugas memberi suntikan vaksin tetap dijalankan.
Difahamkan, Ketua Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sudah memberikan penerangan mengenai kebaikan dan manfaat vaksin serta hebahan di kampung mereka. Namun masih ramai penduduk tidak faham dan terpengaruh dengan khabar angin serta berita palsu.
PERLU PERGI RUMAH KE RUMAH
Berbeza dengan proses suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) yang sudah ada senarai nama penerima dan berdaftar dengan aplikasi MySejahtera, di pedalaman, penerima tiada dalam senarai dan berdaftar dengan MySejahtera, semua pendaftaran dilakukan secara manual.
Petugas terpaksa menunggu penduduk datang ke tempat pemberian vaksin malah adakalanya peralatan yang sudah disimpan ke dalam bot untuk dibawa ke kampung lain terpaksa dibuka semula disebabkan ada penduduk yang berubah fikiran untuk menerima vaksin.
"Kami terpaksa pergi dari rumah ke rumah penduduk, menerangkan tentang vaksin dan memujuk mereka supaya mengambil suntikan vaksin. Tidak mudah, tidak semua menerima pujukan kami, " kata Jururawat Masyarakat Kanan, Lampai Idris.
Walaupun langkah semakin longlai dan riak wajah sudah kepenatan namun semangat mereka tetap membara untuk terus memberikan penerangan dan memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk pedalaman sebagai langkah untuk memutuskan penularan jangkitan.
Selain kekangan kenderaan, petugas program MVT juga terpaksa berhadapan masalah tempat penginapan terutama apabila terpaksa bermalam di kawasan pedalaman. Mereka terpaksa bergantung kepada pusat latihan ataupun penyelidikan jabatan kerajaan. Itu pun hanya mampu menampung jumlah tetamu yang terhad.
Petugas berkongsi bilik beramai-ramai dan ada yang hanya tidur beralaskan lantai sementara pemandu bot dan anggota Angkatan Pertahanan Awan yang mengiringi pasukan petugas hanya tidur di dalam buaian 'hammock' di kawasan terbuka, ditemani nyamuk dan agas.
HASIL PROGRAM MVT
Program dua hari MVT dan Jabatan Kesihatan Kawasan Kinabatangan di Kampung Sri Ganda, Kampung Tundun Bohangin dan Kampung Abai berjaya memberikan 102 dos pertama suntikan vaksin jenis Sinovac.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,886 dos, melibatkan tujuh buah ladang dan tiga buah kampung yang dimulakan sejak dua minggu lalu.
"Jumlah ini jauh daripada sasaran kami. Kami akan meningkatkan usaha dan menyakinkan penduduk supaya mereka tampil untuk menerima suntikan vaksin" kata Dr Maini, yang menambah sasaran untuk daerah Kinabatangan ialah memberi suntikan kepada sejumlah 24,000 penduduk di kawasan pedalaman dan terpencil .
Setakat ini daerah Kinabatangan difahamkan mencatat peratus terendah penduduk yang divaksin bagi seluruh Sabah.
Bagaimanapun, menurut Dr Maini, petugas Jabatan Kesihatan Kawasan Kinabatangan tidak akan berputus asa. Malah mereka akan terus cekal untuk meningkatkan promosi, penerangan serta kaunseling kepada penduduk kampung dan ladang terutama kepada mereka yang tidak mahu menerima vaksin.
Bagi mereka, walaupun jumlah yang menerima tidak ramai namun sudah mencukupi sebagai pemangkin kepada penduduk lain yang bakal menerima vaksin pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Pegawai Farmasi Hospital Daerah Kinabatangan Thiam Kah Kit (tengah) bersama tong penyejuk mengandungi vaksin diiringi anggota ESSCOM ketika menaiki bot pada Program Outreach Vaksin COVID-19 MVT di Kinabatangan, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.