TAWAU: Kerajaan meluluskan peruntukan kira-kira RM20 juta untuk menambah aset taktikal Eastern Sabah Security Command (ESSCom) di sempadan negara bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
"Diharapkan pada tahun hadapan perkara itu dapat direalisasikan," katanya kepada pemberita selepas program semarak ESSCOM 2023 di Kampung Batu Payung di sini pada Sabtu.
Program semarak ESSCOM diadakan bagi memberi kesedaran keselamatan serta meningkatkan tahap patriotisme penduduk di ESS Zone dan program pada hari ini turut melibatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang menyediakan dua treler Jualan Rahmah serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka enam khemah Jualan Agro MADANI.
Sebelum itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan ketika berucap merasmikan program berkenaan berkata rancangan ESSCOM untuk mempertingkatkan operasi dan keupayaan kawalan pasukan keselamatan adalah seiring dengan hasrat kerajaan negeri serta Persekutuan bagi melonjakkan tahap ekonomi negara sekali gus memastikan masyarakat dapat hidup sejahtera.
"Rancangan ESSCOM itu termasuk cadangan memperoleh aset taktikal iaitu floating bot (barge) di Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik yang terletak bertentangan dengan kawasan pesisir pantai Apas dan sejumlah unit Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) atau bot laju untuk ditempatkan di lokasi strategik sekitar pesisir dan perairan Tawau.
"Selain, mewujudkan pangkalan pemeriksaan di laut atau Sea Check Point di Pulau Sebatik terhadap kapal-kapal bukan konvensional (dipanggil kumpit yang menjalankan aktiviti perdagangan pertukaran barang dan penghantaran).
"Serta penubuhan satu Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) lagi untuk memperkuatkan keupayaan kawalan pasukan keselamatan di sempadan perairan dan daratan Malaysia dengan Filipina serta Indonesia di Daerah Kunak serta Semporna," katanya.
Nizam berkata peranan ESSCOM itu bukan hanya mengawal keselamatan sebaliknya turut menjayakan pelbagai agenda kerajaan serta mengkoordinasikan program Tindakan Awam bersama komuniti ESSZone termasuk program meningkatkan sosioekonomi penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Kerajaan meluluskan peruntukan kira-kira RM20 juta untuk menambah aset taktikal ESSCom di sempadan negara bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di ESSZone. - Foto fail/BERNAMA
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.