JOHOR BAHRU:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import seperti yang tular di media baru-baru ini.
Menurut sumber SPRM, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
"Fokus siasatan ialah terhadap isu pemalsuan borang Kastam K1 iaitu pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah dalam kalangan agensi-agensi terlibat.
"Kerjasama beberapa agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan kastam telah diperoleh," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan siasatan itu dan meminta semua pihak untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.
Katanya, membincangkan isu berkenaan di media massa akan menyukarkan siasatan pihak SPRM justeru pihak yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.
BACA: Taktik kartel seludup daging beku, guna cap halal palsu terbongkar
"SPRM memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan isu kepentingan rakyat khususnya umat Islam di negara ini," katanya.
Pada awal bulan ini, pihak MAQIS telah menyerbu sebuah syarikat pembekal daging sejuk beku di Senai, di sini, kerana dipercayai menyeludup daging sejuk beku dan membuat label cap halal palsu sebelum mengedarkan daging-daging berkenaan ke seluruh Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020

Fokus siasatan ialah isu pemalsuan borang Kastam mengenai pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah dalam kalangan agensi terlibat. -Gambar fail

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan, hubungan kerjasama baik Malaysia-Thailand akan diteruskan bersama pentadbiran baharu Negara Gajah Putih itu.

TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.

Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.

Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar
Bukan sahaja permintaan keperluan malah Malaysia terus menerima permohonan kerjasama dalam hal pensijilan perdagangan sektor halal.

Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.

Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.

Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.