SINGAPURA:Singapura mengarahkan semua pelawat yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, Malaysia baru-baru ini supaya menjalani Notis Duduk Di Rumah (SHN) selama 14 hari di kemudahan untuk SHN yang ditetapkan.
Peraturan baharu ini berkuat kuasa mulai pukul 2359, 14 Okt 2020.
"Ini berikutan peningkatan kes di Sabah baru-baru ini," kata Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian ke atas COVID-19 republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Bagaimanapun, pasukan petugas itu berkata pengecualian diberikan kepada pelawat dari Malaysia di bawah Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) yang akan terus tertakluk kepada langkah kesihatan RGL sedia ada seperti saringan pra berlepas, saringan sebaik ketibaan dan jadual perjalanan terkawal pra isytihar.
Terdahulu Singapura mengumumkan pelawat dari Malaysia dibenarkan menjalani SHN selama tujuh hari di kediaman mereka dari 1 Sept, 2020.
Pasukan Petugas itu berkata peraturan baharu itu juga terpakai kepada pelawat berpangkalan di Singapura di bawah RGL yang pulang termasuk rakyat Malaysia dan pemastautin tetap memasuki Singapura di bawah Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).
"Kami memantau rapi keadaan di seluruh negeri dan wilayah persekutuan, termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Buat masa ini pelawat dari Malaysia kecuali Sabah akan terus menjalani perintah SHN selama tujuh hari di kediaman mereka," katanya.
Pasukan Petugas itu mengingatkan semua pelawat supaya mengisytiharkan sejarah perjalanan mereka dengan tepat.
"Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan dikenakan kepada pengisytiharan palsu. Saringan COVID-19 akan terus dilaksanakan sebelum tempoh SHN berakhir," katanya.
Ia berkata langkah kawalan sempadan Singapura akan berkembang mengikut perubahan sejagat.
"Kami akan terus memantau rapi keadaan kesihatan sejagat dan mengemas kini langkah kawalan sempadan kami menurut penilaian risiko kesihatan awam.
JIka keadaan di sesebuah negara/rantau bertambah buruk, langkah yang lebih ketat akan dikenakan untuk mengehadkan risiko pengimportan dan pencegahan jangkitan komuniti daripada kes import," katanya.
Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah berkuat kuasa dari 12.01 tengah malam 13 Okt sehingga 26 Okt.
Daripada 563 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia, 51.7 peratus atau 291 kes dari Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 12 2020
Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian ke atas COVID-19 di Singapura mengingatkan semua pelawat supaya mengisytiharkan sejarah perjalanan mereka dengan tepat. - Gambar fail
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.