Pelantikan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sebagai Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang baharu bukan sahaja menjadi sejarah kepada kumpulan kerjasama ekonomi itu tetapi juga bukti penghormatan dan pengiktirafan negara anggota terhadap sumbangan Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan bekas duta Malaysia ke Mesir, Brunei dan Qatar itu menyaksikan buat pertama kali D-8 memilih seorang ahli diplomat yang berpengalaman luas sebagai setiausaha agungnya.
"(Melalui pelantikan ini) tentunya mereka mempunyai unjuran yang amat tinggi terhadap Ku Jaafar, bukan hanya atas pengalaman beliau tetapi (terhadap) Malaysia juga diletakkan harapan untuk bersama-sama negara anggota D-8 lain memacu enam bidang utama yang menjadi fokus pertubuhan selama ini," katanya kepada kumpulan media Malaysia sejurus tiba di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 bermula Jumaat yang bakal menyaksikan beliau menyampaikan kenyataan negara semasa sidang kemuncak itu.
Ku Jaafar yang akan memulakan tugasnya pada 1 Jan 2018 bagi tempoh empat tahun, bakal menggantikan Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 sejak 2014.
Menyentuh mengenai sidang kemuncak D-8 itu, Ahmad Zahid yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata beliau akan menggunakan peluang tersebut untuk bertukar pandangan dan meningkatkan hubungan kerjasama ekonomi sedia ada serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Katanya enam bidang utama yang telah dikenal pasti dan untuk ditingkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota ialah industri serta perusahaan kecil dan sederhana; pertanian dan keselamatan makanan; pengangkutan; tenaga; mineral dan pelancongan.
"Ketika sidang kemuncak ini, negara-negara D-8 dijangka menghasilkan dua dokumen iaitu Deklarasi Istanbul yang mencerminkan komitmen pemimpin daripada semua negara anggota terhadap setiap agenda dan usaha sama di bawah rangka kerja D-8 serta Pelan Tindakan D-8 Pasca 2017," katanya.,
Bertemakan 'Mengembangkan Peluang Menerusi Kerjasama', sidang kemuncak kali ini juga adalah bersempena ulang tahun ke-20 perkumpulan itu yang ditubuhkan pada 1997.
D-8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki sebagai mekanisme untuk kerjasama dalam sektor ekonomi lapan negara membangun terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata pada sidang kemuncak tersebut, beliau juga akan membangkitkan isu etnik Rohingya yang kini ditindas hingga terpaksa menjadi pelarian di Bangladesh bagi mendapatkan sokongan daripada negara-negara D-8 untuk terus membantu mereka..
Katanya Malaysia yang begitu konsisten dalam isu pelarian Rohingya seperti yang ditegaskan pada beberapa pentas antarabangsa termasuk oleh Najib ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bulan lepas, akan terus mendesak Myanmar untuk mengambil tanggungjawab menangani isu tersebut seperti yang disarankan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Antonio Guterres.
Ahmad Zahid berkata beliau juga akan mengambil peluang untuk berkongsi pengalamannya ketika melawat ke Kem Pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox's Bazar, Bangladesh pada awal minggu ini.
Selaku pemimpin kanan utama sebuah negara yang pertama pernah melawat kem pelarian itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berpandangan isu Rohingya perlu disentuh pada forum ekonomi tersebut kerana "ia perkara yang tidak dapat dielakkan" .
Ahmad Zahid yang diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di sini pada 9 malam waktu tempatan sebelum dibawa ke hotel penginapan dan disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Malaysia ke Turki Abdul Razak Abdul Wahab serta pegawai-pegawai Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2017
![Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51508466405_tbKuJaafar.jpg)
Ku Jaafar yang akan memulakan tugasnya pada 1 Jan 2018 bagi tempoh empat tahun, bakal menggantikan Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 sejak 2014.- Gambar Fail.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Malaysia gesa negara D-8 supaya tidak hulur bantuan kepada Israel Malaysia gesa negara D-8 supaya tidak hulur bantuan kepada Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717916690_TBTokMatjpg.jpg)
Malaysia gesa negara D-8 supaya tidak hulur bantuan kepada Israel
Malaysia menggesa negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya tidak memberikan dana atau bantuan kepada Israel.
![IoT untuk rangsang ekonomi negara anggota D-8 pasca COVID-19 - Muhyiddin IoT untuk rangsang ekonomi negara anggota D-8 pasca COVID-19 - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617918113_MuhyiddinYassin.jpg)
IoT untuk rangsang ekonomi negara anggota D-8 pasca COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia sedang giat membangunkan industri berasaskan IoT seperti e-dagang, analitik data raya, kecerdasan buatan (AI), blockchain dan automasi.
![Malaysia usul pengiktirafan sijil vaksinasi dalam kalangan negara D-8 Malaysia usul pengiktirafan sijil vaksinasi dalam kalangan negara D-8](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617887344_MuhyiddinYassin.jpg)
Malaysia usul pengiktirafan sijil vaksinasi dalam kalangan negara D-8
Muhyiddin percaya bahawa ia akan mempercepatkan pembukaan semula sektor yang paling teruk terjejas.
![Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan menghancurkan negara - Ahmad Zahid Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan menghancurkan negara - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508650342_ZahidHamidi.jpg)
Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan menghancurkan negara - Ahmad Zahid
Banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.
![Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51508466405_tbKuJaafar.jpg)
Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia
Pelantikan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sebagai Setiausaha Agung D-8 bukan sahaja menjadi sejarah kepada kumpulan kerjasama ekonomi tetapi juga bukti penghormatan terhadap sumbangan Malaysia.
![Malaysia gesa anggota D-8 bantu pelarian Rohingya Malaysia gesa anggota D-8 bantu pelarian Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41508422127_DSAnifahAman.jpg)
Malaysia gesa anggota D-8 bantu pelarian Rohingya
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata negara anggota D-8 perlu membantu etnik Rohingya dengan cara mana yang boleh untuk meringankan keadaan sosioekonomi mereka yang menyedihkan.
![TPM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 TPM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508206175_TBZahid.jpg)
TPM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8
Ahmad Zahid akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 di Istanbul, Turki, Jumaat ini.
![Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8 Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/71506267321_DSAnifahAman.jpg)
Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Anifah akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementerian.