PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis berkata Malaysia percaya Internet of Things (IoT) akan merangsang ekonomi negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) serta menjadi pemacu utama dalam mengubah ekonomi global pasca-COVID-19.
Dalam ucap tama pada Sidang Kemuncak ke-10 D-8 secara maya hari ini, Muhyiddin berkata Malaysia sedang giat membangunkan industri berasaskan IoT seperti e-dagang, analitik data raya, kecerdasan buatan (AI), blockchain dan automasi.
Beliau berkata pandemik COVID-19 mengetengahkan lagi keperluan mendesak terhadap agenda perangkuman digital.
"Sekalipun krisis membolehkan ratusan juta orang bekerja, belajar dan berhubung secara digital, pada masa sama dapat dilihat krisis itu memburukkan lagi keadaan golongan rentan yang jelas terlalu ramai di seluruh dunia.
"Lebih-lebih lagi sekarang, kesalinghubungan harus menjadi teras dalam semua keutamaan negara dan antarabangsa, dari penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan kerajaan dan seterusnya," kata Muhyiddin.
D-8 terdiri daripada lapan negara membangun iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.
Berkongsikan pengalaman Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan baru-baru ini mengumumkan Pelan Hala Tuju Transformasi Digital dengan pelan tindakannya menumpukan pada pengembangan dan peningkatan kesalinghubungan digital negara.
Beliau berkata pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bernilai US$12.7 bilion, akan menjadi platform untuk mencapai aspirasi dengan mempercepat kesalinghubungan digital negara melalui perluasan akses mudah alih, gentian dan tanpa wayar tetap, serta membuka laluan kepada 5G.
"Kami percaya ia akan mendorong kepada penerimagunaan teknologi dan transformasi digital. Ini perlu bagi trajektori ekonomi negara," katanya.
Muhyiddin juga berkata dengan populasi belia sekitar 550 juta, negara anggota D-8 boleh menghidupkan semula ekonomi mereka menerusi pemerkasaan golongan tersebut dengan memberikan mereka kemahiran digital selain memanfaatkan perniagaan digital dan keusahawanan.
Beliau berkata Malaysia mengakui industri berasaskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) akan mempercepat pertumbuhan ekonomi digital.
Muhyiddin berkata di bawah inisiatif beraspirasikan teknologi IR4.0, kerajaan memperkenalkan Malaysia 5.0 bagi menangani isu akses digital, perangkuman kewangan, produktiviti dan pertumbuhan menerusi instrumen Industri 4.0 seperti fintech, blockchain dan AI, memandangkan ini akan menyumbang kepada ekonomi digital serta ekonomi yang lebih mampan.
"Sebagai strategi jangka panjang, kerajaan saya pada masa ini bekerja rapat dengan kolej dan universiti kami. Sasarannya ialah untuk membantu kolej dan universiti ini mengeluarkan lulusan yang relevan dan sedia untuk industri bagi sektor ICT (teknologi komunikasi dan maklumat), topik yang lebih relevan seperti IoT dan analitik data raya ke dalam silibus," katanya.
Muhyiddin berkata program yang direka bentuk secara khusus dilancarkan baru-baru ini bagi memperkasa belia Malaysia yang terjejas secara langsung oleh pandemik.
Beliau berkata program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp merupakan latihan berasaskan teknologi dan program bimbingan perniagaan untuk usahawan muda, yang bertujuan memanfaatkan belia Malaysia untuk jangka panjang.
"Ini merupakan satu daripada inisiatif di bawah pakej rangsangan pemulihan selepas pandemik kerajaan bernilai US$4.8 bilion," tambah beliau.
Muhyiddin berkata Malaysia juga bangga dengan penglibatan golongan muda dalam pertanian yang mana ia semakin meningkat.
Katanya anjakan pemikiran generasi muda memberi jaminan kepada mereka bahawa pertanian mempunyai masa depan yang cerah.
"Pertanian pintar kini pantas menjadi pertanian masa depan. Rantaian bekalan makanan boleh ditambah baik dengan memperkenalkan teknologi pemboleh seperti IoT atau sistem kebolehkesanan yang berpotensi meningkatkan keselamatan makanan dan ketelusan pengeluaran," katanya.
Muhyiddin berkata pandemik itu juga mengubah kaedah belajar secara konvesional dan kerajaan telah memperkenalkan inisiatif untuk mengurangkan kesannya termasuk meningkatkan prasarana platform digital bagi pembelajaran dalam talian.
Beliau berkata ini termasuk kesalinghubungan lebih baik di sekolah kawasan pedalaman dan kawasan terpencil menerusi jaringan gentian optik lebih teguh selain menyediakan 150,000 komputer riba bersama-sama pakej data terhad percuma untuk pelajar daripada isi rumah berpendapatan rendah bagi memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu.
Muhyiddin mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 yang dihoskan oleh Bangladesh iaitu pengerusi semasa Sidang Kemuncak D-8.
Antara yang hadir pada sidang kemuncak secara maya itu ialah Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Iran Hassan Rouhani dan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021
Muhyiddin berkata Malaysia percaya IoT akan merangsang ekonomi negara anggota D-8 serta menjadi pemacu utama dalam mengubah ekonomi global pasca-COVID-19. -Bernama
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.
Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Rupee India jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar AS
Rupee menyentuh paras terendah apabila indeks dolar melonjak selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif terhadap rakan dagangan utama.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.