KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan akan membolehkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) diteruskan kembali termasuk dalam usaha memerangi COVID-19 dan program pemberian vaksin.
Ahli Parlimen Bera itu yang sebelum ini berada dalam kerajaan terdahulu adalah antara individu penting yang dipertanggungjawabkan bagi menyusun atur dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) selain langkah-langkah perlu untuk memastikan virus COVID-19 dapat diputuskan rantaiannya.
Meskipun pengumuman beliau khusus membabitkan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan aspek keselamatan negara menerusi 'Op Benteng' ada kala tidak digemari rakyat, namun sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan beliau harus mengambil pendekatan tertentu demi kemaslahatan rakyat.
Sepanjang menjawat jawatan menteri kanan, Ismail Sabri, 61, kerap mengingatkan rakyat mengenai kepentingan pematuhan SOP bagi membendung penularan COVID-19 yang boleh membawa maut.
Rintihan pengusaha perniagaan kecil sederhana (PKS) dan pasangan jarak jauh yang terkesan akibat pelaksanaan PKP, turut sentiasa menjadi antara tumpuan Naib Presiden UMNO itu.
Sebaik dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 7 Julai lepas, Ismail Sabri yang merupakan tokoh politik mudah didekati dan mesra rakyat, turut mengambil penekanan terhadap pematuhan SOP dalam sektor perkilangan, yang menurutnya merupakan antara penyumbang kluster tempat kerja.
Sebagai Menteri Pertahanan, beliau menggunakan kapasitinya itu untuk mewujudkan lebih banyak Hospital Medan bagi membantu mengurangkan bebanan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.
BACA: AGONG PERKENAN LANTIK ISMAIL SABRI SEBAGAI PM KE-9
BACA LAPOR LANGSUNG: ISMAIL SABRI PM KE-9
BACA SEMUA BERHUBUNG PM KE-9 DI SINI
Malah ketika rakyat nyenyak dibuai mimpi, Ismail Sabri kerap turun padang menyantuni para petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya bagi bertanyakan khabar dan menyuntik semangat petugas.
Mengenai program vaksinasi, bapa kepada empat orang anak itu juga amat menekankan soal pengambilan vaksin dalam kalangan rakyat dan acap kali turun melawat beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) bagi menggalakkan rakyat terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan 24 Feb lepas.
Sebagai Ahli Parlimen, aktiviti turun padang menyantuni masyarakat termasuk keluarga susah serta mereka yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, turut menjadi tumpuan perdana menteri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021
Sepanjang menjawat jawatan menteri kanan, Ismail Sabri, 61, kerap mengingatkan rakyat mengenai kepentingan pematuhan SOP bagi membendung penularan COVID-19 yang boleh membawa maut. - foto REUTERS
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.