DUA tahun lepas, YouTube telah memperkenalkan ciri menstrim video pada resolusi 1080p Premium yang memainkan video pada kadar bit tinggi.


Ringkasan AI
  • YouTube akan memperkenalkan ciri memilih kualiti audio dengan pilihan Auto, Normal, dan High.
  • Kualiti audio semasa menggunakan codec Opus 251 pada kadar bit 128kbps dan 48KHz.
  • Ciri ini dijangka terhad kepada pelanggan YouTube Premium sahaja.


Akan datang, ciri lebih kurang sama akan diberikan untuk audio pula memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna.


Pilihan kualiti audio di YT Music

Android Authority baru-baru ini menemui bukti melalui kod aplikasi YouTube. Barisan kod “persistent_audio_quality_auto_description” ditemui dengan tiga pilihan kualiti audio iaitu Auto, Normal atau High.

Sehingga hari ini, kualiti audio video YouTube menggunakan codec Opus 251 yang dimainkan pada kadar bit 128kbps dan 48KHz.

Kualiti keseluruhan turut bergantung kepada suntingan dan peralatan rakaman audio oleh pemilik video yang kemudian akan diproses oleh YouTube.

Ciri memilih kualiti audio ini dijangka adalah lebih kurang sama dengan video, mungkin High adalah untuk kadar bit lebih tinggi sahaja.

Sementara Normal adalah dengan Opus 251 dan Auto mengikut kelajuan sambungan Internet peranti pengguna.

Tidak pasti bila ciri ini akan ditawarkan tetapi apa yang pasti ia terhad kepada pelanggan YouTube Premium sahaja. -Amanz