PEKAN: Program pelancongan pendidikan atau Edu-Tourism yang ditawarkan oleh Universiti Malaysia Pahang Sultan Al-Abdullah (UMPSA), mampu menjadi tarikan kepada pelajar antarabangsa menyambung pengajian ke peringkat tinggi di Malaysia.
Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yuserrie Zainuddin, selain mewujudkan jaringan kerjasama antara negara, industri serta agensi terlibat, program ini memperkenalkan UMPSA sebagai hab pelancongan pendidikan utama seiring agenda Tahun Melawat Malaysia pada 2026 yang mensasarkan kedatangan 26.1 juta pelancong.
Tambah Dr Yuserrie, program Edu-Tourism ini juga berpotensi memperkenalkan UMPSA kepada pelajar luar negara melalui penawaran pakej dan program dirangka khas, yang mampu menonjolkan keunikan serta keistimewaan negeri Pahang.
"Sasaran pertama kIta adalah untuk membawa lebih ramai (peserta antarabangsa) dan (UMPSA) sebagai model edu-tourism kita akan kuatkan dan kukuhkan dan (supaya kita akan membawa lebih ramai edu-tourism pelancong ini ke UMPSA dan juga ke Pahang secara umumnya.
"Pada masa sama juga kita mengharapkan supaya kolaborasi akademik akan dapat kita lakukan hasil daripada program ini yang mana mereka mungkin berminat untuk melanjutkan pelajaran di UMPSA," katanya ketika ditemui pada pelancaran Program Edu-Tourism UMPSA di kampus Pekan.
Program Pelancongan Pendidikan kini diperluaskan dengan memperkenalkan pakej yang lebih fleksibel yang diselaras oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama strategik agensi dan jabatan lain yang berjaya menarik penyertaan peserta antarabangsa dari Indonesia, China , Yaman, Iran, Palestin, dan Mesir.
"Pada kohort yang pertama kita dapati memang ada minat dalam kalangan pelajar (antarabangsa) dan antara sebabnya adalah kita tumpukan (kepada) segi aspek budaya dan juga aspek nilai-nilai orang Melayu.
"Jadi di situ kita lihat bahawa mereka amat berminat dari segi contohnya tarian seni, pertahanan diri, dan juga dalam juga konteks yang lain kita melihat bagaimana keadaan perumahan orang Melayu.
"Ini merupakan salah satu daripada kesan yang kita dapati bahawa mereka berminat untuk melihat terutama pelajar-pelajar daripada luar ini yang belum biasa lagi dengan keadaan-keadaan di Malaysia," katanya lagi.
Menurut Dr Yuserrie, program Edu-Tourism Kohort 2 yang bermula pada 21 Julai dan berakhir 27 Julai ini melibatkan seramai 50 peserta antarabangsa dari Beijing Polytechnic China dan Beifang Automotive Education Group (BAEG), yang mengikuti pakel English, Culture and Heritage.
Pada pelaksanaan Program Pelancongan Pendidikan (Edu-Tourism) Kohort 1 lalu, seramai empat peserta antarabangsa dari Universitas Muhammaddiyah, Acheh telah mengikuti Pakej Nature And Adventure: A Thrilling Adventure In Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang dan selebihnya 12 peserta antarabangsa mengikuti Pakej Malay and Cultural Heritage.
Kohort 1 telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Mei lalu dengan penyertaan seramai 16 peserta antarabangsa dari Bangladesh, Pakistan, Mesir, Indonesia, China, Pakistan, Somalia, Yaman, dan Iraq.
Astro Awani
Mon Jul 29 2024
Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Sultan Al-Abdullah, Prof Ts Dr Yuserrie Zainuddin (kanan) mempelawa peserta Program Edu-Toursim dari China pada sesi menikmati durian. -Gambar UMPSA
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Pelancongan Pendidikan UMPSA berjaya tarik minat pelajar luar
Program ini berpotensi memperkenalkan UMPSA kepada pelajar luar negara melalui penawaran pakej dan program dirangka khas, yang mampu menonjolkan keunikan serta keistimewaan negeri Pahang.
Program Pelancongan Pendidikan UMPSA berjaya tarik minat pelajar luar
Program pelancongan pendidikan yang ditawar UMPSA mampu menjadi tarikan kepada pelajar antarabangsa menyambung pengajian ke peringkat tinggi.
UMPSA guna HCI untuk jadi kampus pintar
HCI adalah produk digital yang menggabungkan storan, pengkomputeran, rangkaian dan pengurusan di bawah satu bumbung.
Amalkan sifat bersederhana, belanja berhemah sambut Aidilfitri - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal bertitah, tiada salah meraikan hari kemenangan, tetapi perlu ikut kemampuan dan tidak sampai sehingga perlu berhutang.
Yuserrie dilantik semula Naib Canselor UMPSA
Pelantikan semula itu bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 1 November 2023 hingga 31 Oktober 2024.
Agong titah UMPSA utamakan aspek penyelidikan baharu, pembangunan mampan, TVET
UMPSA dititahkan supaya menjadikan aspek penyelidikan dalam bidang baharu sebagai keutamaan sejajar keperluan industri negara masa kini.
'Terharu ayah sanggup naik pesawat, jalan kaki tengah panas'
Tahir Untong,bapa kepada Nurbatrisyia, mahasiswi baharu UMPSA yang mendaftar di universiti itu, Sabtu lalu, mencuri tumpuan ketika menghantar anaknya.
Tular: Sekeluarga jalan kaki hantar anak masuk universiti
Tular satu klip video memaparkan sebuah keluarga berjalan kaki memasuki Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika hari pendaftaran pada Sabtu.
UMP kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Pertukaran nama itu tidak mengubah bidang fokus utama universiti, program pengajian serta enrolmen, selaras matlamat penubuhannya.