KUANTAN: Hati ibu bapa mana yang tidak bangga melihat anak yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh berjaya ke menara gading.
Begitu juga dengan, Tahir Untong, 57, bapa kepada Nurbatrisyia Husna Tahir, 19, mahasiswi baharu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang mendaftar di universiti itu, Sabtu lalu.
Tahir bersama keluarganya sanggup datang dari Lawas, Sarawak menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur sebelum menaiki bas ke Kuantan bagi memastikan anaknya itu dapat mendaftar masuk ke UMPSA bagi mengikuti pengajian Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) dengan kepujian.
Nurbatrisyia berkata, ayahnya yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok, Lawas teruja untuk menemaninya walaupun terpaksa datang dari jauh.
"Saya terharu dengan pengorbanan ayah dan keluarga apabila mereka juga sanggup berjalan kaki tengah panas bagi memastikan saya dapat mendaftar pada hari itu.
"Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ayah dan ibu,” katanya seperti yang dilaporkan UMPSA.
Kisah keluarga Nurbatrisyia mendapat perhatian apabila klip video mereka berjalan kaki memasuki UMPSA pada hari pendaftaran Sabtu lalu tular di media sosial.
Rakaman berdurasi satu minit dan 13 saat itu menyentuh hati netizen.
Menerusi video itu, kelihatan pihak universiti bergegas mendapatkan kenderaan untuk membantu keluarga berkenaan membawa bagasi masuk ke dalam kampus.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan keluarga itu kerana sanggup berpanas untuk menghantar anak ke universiti.
“Semoga dimurahkan rezeki seluas langit dan bumi buat ibu ayah dan anak ini, belajar rajin-rajin. Semoga berjaya nanti insya-Allah,” kata salah seorang netizen menerusi komennya.
Sementara itu, dua pasangan kembar antara yang mencuri tumpuan pada hari pendaftaran mahasiswa baharu UMPSA bagi Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024.
Pasangan kembar itu, Sarah Antasha Shahren dan adiknya Farah Antasha Shahren, 20, mendaftar di UMPSA Kampus Gambang manakala Noora Haidah Azmi dan adiknya, Noora Hanim Azmi pula mendaftar di UMPSA Pekan.
Sarah Antasha dan Farah Antasha yang berasal dari Puchong, Selangor bersyukur apabila impian mereka untuk menyambung pengajian di UMPSA bersama tercapai.
“Kami tidak pernah berpisah sejak kecil lagi, jadi apabila ditawarkan ke universiti yang sama, ia sesuatu yang amat menggembirakan.
“Kedua-dua ibu bapa juga bersyukur apabila kami ditempatkan di universiti yang sama walaupun bidang pengajian berbeza," katanya.
Sarah Antasha ditawarkan pengajian Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal manakala adiknya dalam program Sarjana Muda Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
Sementara itu, Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Ts Yuserrie Zainuddin berkata, pendaftaran mahasiswa baharu berjalan lancar di kampus Pekan dan Gambang dibantu petugas dari pelbagai jabatan dan sukarelawan melibatkan 120 Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar (PEKA) serta fasilitator Minggu Induksi Siswa (MINDS).
Beliau berkata, pihak UMPSA melalui Unit Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sentiasa berhubung dengan pelajar baharu termasuklah mengurus berkaitan kemudahan pengangkutan pelajar di lapangan terbang di Kuantan, Terminal Bas Kuantan dan mengambil mereka dari rumah bagi yang memerlukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023
!['Terharu ayah sanggup naik pesawat, jalan kaki tengah panas' 'Terharu ayah sanggup naik pesawat, jalan kaki tengah panas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696217781_TBUMPSA.jpg)
Kisah keluarga Nurbatrisyia mendapat perhatian apabila klip video mereka berjalan kaki memasuki UMPSA pada hari pendaftaran Sabtu lalu tular di media sosial. - Gambar/ Media sosial
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699432842_TBMckkjpg.jpg)
Tular isu buli: PIBG MCKK buat laporan polis, mahu ambil tindakan undang-undang
PIBG MCKK membuat laporan polis terhadap tiga pemilik akaun media sosial berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dimuat naik di laman sosial.
![Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/61570583671_TBFOODPANDA.jpg)
Foodpanda ambil maklum dakwaan seorang penghantar makanan dizalimi
Foodpanda telah dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan akan menghubungi penunggang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662995475_KingCharles.jpg)
Reaksi 'geram' Raja Charles III undang perhatian di media sosial
Detik itu dirakam ketika upacara pertabalan Raja Charles III di Istana St. James di sini, pada Sabtu lalu.
![Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/41550672212_unclekentang.jpg)
Dakwa hina B40: Uncle Kentang cari pelajar diherdik pensyarah, mahu bantu belikan komputer
Jelas Uncle Kentang, beliau akan membuat tabung pendanaan awam (crowdfunding) untuk membeli komputer buat pelajar berkenaan.
![Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000 Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639725119_LawanArus.jpg)
Pemandu lawan arus di Bulatan Cheras dipenjara enam bulan, denda RM8,000
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 selepas didapati memandu secara melawan arus di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur pada 13 Disember lalu.
![Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625913019_semakfakta.jpg)
Lagi kenyataan media palsu, Presiden UMNO pula didakwa letak jawatan
Surat yang menggunakan logo UMNO selain tertera nama Setiausaha Agung itu mendakwa Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Presiden parti.
![Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625910340_KenyataanPalsu.jpg)
Kenyataan media Muhyiddin buat keputusan letak jawatan adalah palsu - Pegawai PMO
"Semua kenyataan (akan) dikeluarkan di Facebook (rasmi Muhyidin Yassin), jika tiada boleh anggap palsu."
![Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia - Ibu tunggal M40 Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia - Ibu tunggal M40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624784416_ibutunggalM.jpg)
"Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40
Kisah ibu tunggal lima anak, Suzanne Anton, 45, membuka mata semua pihak bahawa pandemik turut memberi kesan kepada golongan M40.
![Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623417060_StatementUMNOPal.jpg)
Surat lucut keahlian Hishammuddin palsu dan berniat jahat - Setiausaha Kerja UMNO
UMNO menafikan surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tular di media sosial pada Jumaat.
![Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618913316_nadiraisaacpencetusu.jpg)
Gambar cetus kontroversi: Nadira Isaac minta maaf kepada PU Amin, warga maya
Personaliti media sosial, Nadira Isaac tampil mohon maaf kepada Pencetus Ummah (PU) Amin dan warga maya susulan perkongsian gambar yang tular baru-baru ini.