KUALA TERENGGANU: Fenomena ombak besar dan angin kencang di Terengganu baru-baru ini tidak menjejaskan operasi 13 resort dan chalet di Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.
Beberapa pengusaha resort dan chalet yang dihubungi Bernama memaklumkan operasi mereka telah bermula sejak semalam, mengikut jadual asal.
Pengurus Redang Pelangi Resort Ee Lin Foo berkata, ramai pengunjung yang bertanyakan situasi terbaharu di pulau peranginan itu setelah melihat Terengganu dilanda banjir sejak Jumaat lepas.
"Namun, setelah diberi penjelasan bahawa perjalanan menaiki bot ke Pulau Redang adalah selamat, mereka berpuas hati dan meneruskan percutian seperti yang dirancang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Industri pelancongan di pulau peranginan di Terengganu ditutup kepada pengunjung sejak Monsun Timur Laut Nov lepas, dan ia kembali dibuka secara berperingkat sejak semalam.
Pengurus Coral Redang, Marvin Cheah pula berkata, ramai yang menyangka sektor pelancongan di pulau itu masih belum beroperasi kerana tidak mendapat maklumat yang tepat daripada sumber yang sah.
"Ada yang risau selepas melihat video tular di media sosial mengenai ombak besar yang berisiko dan berbahaya terhadap keselamatan pengunjung sedangkan video itu bukan memaparkan apa yang berlaku di Pulau Redang.
"Bagi pengurusan resort, kami sentiasa berhubung dengan pengunjung yang telah membuat tempahan agar mereka memahami situasi sebenar di sini dan tidak terpengaruh dengan maklumat tidak benar yang tersebar di media sosial," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Summer Bay Resort Chong Fah Ming berkata operasi di resortnya berjalan seperti biasa dengan pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di Pulau Lang Tengah, antaranya mendaki bukit dan aktiviti sukan ekstrem via ferrata yang berlatar belakang pemandangan Laut China Selatan.
"Walaupun hujan, aktiviti itu masih boleh dilakukan kerana kita mempunyai ramai jurulatih yang berpengalaman untuk membimbing pengunjung yang mahu merasai pengalaman sukan lasak itu.
"Setakat ini, aktiviti selam snorkel juga boleh dilakukan kerana cuaca di Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah adalah baik. Setiap pengunjung akan diberi taklimat mengenai perubahan cuaca semasa dan keselamatan mereka adalah keutamaan kami," katanya.
Via ferrata bermaksud 'laluan besi' dalam bahasa Itali, iaitu satu trek khas di permukaan bukit, gunung atau gua menggunakan alat keselamatan lengkap untuk pendaki tiba ke puncak dengan lebih mudah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Beberapa pengusaha resort dan chalet memaklumkan operasi mereka telah bermula sejak semalam, mengikut jadual asal. - Gambar fail
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Bomba Mexico sedia bantu padam kebakaran Los Angeles
Pegawai bomba Amerika Syarikat (AS) semalam, memberi taklimat kepada 72 anggota bomba dari Mexico, sebelum berangkat membantu usaha memadamkan kebakaran hutan di California Selatan.
Lima negeri terjejas, Johor kekal tertinggi
Lima negeri terjejas banjir dengan Johor kekal menjadi penyumbang tertinggi.
Kereta hilang kawalan, remaja antara empat maut
Empat termasuk seorang pelajar berusia 15 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong Baru pada Selasa.
Lelaki dipenjara 16 bulan sembunyi wang pelaburan saham milik peniaga lebih RM800,000
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu ke atas Fikri Zakaria, 38, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700
Seorang penulis bebas warga United Kingdom didenda RM700 atas pertuduhan memasuki kawasan larangan di KLIA.
Skuad boling lelaki negara muncul juara Piala Dunia di Hong Kong
Skuad boling lelaki negara muncul juara dalam acara berpasukan Piala Dunia Boling Tenpin selepas menewaskan Puerto Rico 3-2.
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.
Polis siasat mayat reput ditemui di tebing sungai kemungkinan wanita dilapor hilang - Polis
Polis masih menjalankan siasatan susulan penemuan mayat seorang wanita sudah mereput di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu pada Isnin.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri
Ia dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak bermula Khamis hingga Sabtu.
Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.
Jambatan besi keretapi lama berpotensi jadi tarikan pelancong sempena TMK 2025
Jambatan yang dibina ketika era pemerintahan British itu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang harus diketahui umum khususnya generasi muda.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia - Presiden MiTDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Video TMM2026: Fokus untuk promosikan Malaysia, bukan sebaliknya
Tujuan utama adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan.
Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
China menjadi pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta).
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.
PM Anwar lancar Kempen Visit Malaysia 2026
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global.