Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.
Muzium ini mempamerkan pelbagai ukiran kayu tradisional Laos, menonjolkan kehalusan seni pertukangan yang menjadi teras identiti budaya negara. Ia juga menyediakan platform untuk mempamerkan kreativiti merentas generasi, sekali gus mempromosikan kelestarian, kesedaran alam sekitar, dan pemeliharaan budaya.
Muzium berkenaan dijangka membuka peluang pekerjaan tempatan, menyokong perniagaan, dan menarik pelawat dari seluruh dunia. Selain itu, ia bertujuan memberi inspirasi kepada generasi baharu seniman Laos, memupuk hubungan mendalam dengan identiti budaya dan kreativiti.
Sebagai lambang warisan seni yang kaya, muzium ini mencerminkan komitmen berterusan Laos terhadap pemeliharaan budaya.
Terletak di Daerah Xaythany di Vientiane, pembinaan muzium ini bermula pada 2021 dengan anggaran kos melebihi AS$50 juta. Ia merangkumi kawasan seluas 80 hektar dan bertujuan mewujudkan sumber pelancongan berteraskan budaya, seni, dan alam semula jadi.
-- BERNAMA