Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas ketika mencari kepah di kawasan paya bakau Manjung Point 2 di sini, semalam.
Mangsa Muhammad Amirul Saiful Mazlan, 15, disahkan meninggal dunia kira-kira 8.45 malam di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata semasa kejadian mangsa dipercayai sedang mencari kepah bersama beberapa rakannya kira-kira 6.40 petang, sebelum kakinya dipercayai tersangkut dalam paya.
"Bagaimanapun, mangsa tidak sempat naik ke tebing semasa air pasang kerana kakinya terbenam dalam paya.
"Rakan-rakannya cuba membantu mangsa naik ke tebing, namun air terlalu deras menyebabkan mereka meninggalkan mangsa untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhammad Hanif berkata sebaik bantuan tiba, mangsa didapati masih berada di lokasi dengan kakinya terbenam sebelum dibawa naik ke tebing untuk diberikan rawatan awal oleh beberapa penduduk namun usaha menyelamatkannya gagal.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa Norazrena Yahya, 37, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira 7.30 malam.
"Selalunya, dia akan balik sebelum senja dan semalam sebelum dia keluar kira-kira 5 petang, dia sempat bersalam dengan saya dan suami seperti biasa.
"Saya menunggu dia pulang ke rumah sebelum menerima panggilan yang memaklumkan dia hilang di kawasan paya," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung di sini hari ini.
Norazrena berkata Muhammad Amirul Saiful merupakan anak yang baik dan sering membantunya membuat kuih seawal 4 pagi untuk dijual di gerai-gerai kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017

Rakan-rakan mangsa cuba membantunya naik ke tebing, namun air terlalu deras menyebabkan mereka meninggalkan mangsa untuk mendapatkan bantuan. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mayat tiga kanak-kanak lemas dibawa arus ditemui
Mayat kesemua mangsa itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Mayat pemuda lemas ketika cari kepah bersama bapa ditemukan
Lokasi mangsa dijumpai adalah di kawasan perairan Pantai Simpang Empat, Parit Haji Baki, lebih kurang dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Dua beranak cari kepah di laut dikhuatiri lemas
Dua beranak itu dikatakan turun ke kawasan persisiran pantai bersama dua lagi rakan menggunakan sebuah bot untuk mencari kepah di laut.

Dapat upah RM30 asingkan kepah, beli peralatan sekolah
Bagi dua beradik Norida Yahya 14 tahun dan Norizan Yahya, 13 tahun, mereka terpaksa berkorban masa cuti sekolah dengan membantu mengambil upah mengasing kepah sebagai duit membeli peralatan sekolah

Pelajar tingkatan tiga lemas semasa cari kepah
Mangsa Muhammad Amirul Saiful Mazlan, 15, disahkan meninggal dunia kira-kira 8.45 malam di lokasi kejadian.