Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang bersama bapanya ketika mencari kepah di kawasan persisiran pantai Tanjung Emas dekat Muar dua hari lepas (19 Sept), ditemukan pada Isnin.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Jefri Jamal berkata mayat Muhamad Azman Zainal, 25, yang dipercayai lemas ditemukan pada pukul 9.30 pagi, kira-kira 3.8 batu nautika daripada lokasi mangsa dijumpai.
"Lokasi mangsa dijumpai adalah di kawasan perairan Pantai Simpang Empat, Parit Haji Baki, lebih kurang dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Polis Marin dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Mayat bapa mangsa iaitu Zainal Jerman, 61, pula ditemukan pada pukul 3.25 petang Ahad, di perairan sama.
BACA: Dua beranak cari kepah di laut dikhuatiri lemas
Pada Sabtu, dua beranak itu dikatakan turun ke kawasan persisiran pantai Tanjung Emas bersama dua lagi rakan menggunakan sebuah bot untuk mencari kepah di laut.
Bagaimanapun, ketika berada di laut, Zainal dilaporkan terjatuh daripada bot, menyebabkan anaknya terjun ke laut untuk menyelamatkan bapanya, sebelum mereka tidak kelihatan manakala dua lagi rakan terselamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020
![Mayat pemuda lemas ketika cari kepah bersama bapa ditemukan Mayat pemuda lemas ketika cari kepah bersama bapa ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Polis Marin dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Gambar fail
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635002688_BOMBA.jpg)
Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.
![Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738927525_Duapekerjamelecur.jpg)
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
![Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738920794_generic.jpg)
Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.
![Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738113160_tanahruntuhKampun.jpg)
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
![Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737892702_WanSukairiWanAbdu.jpg)
Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.
![Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737769765_kemalangan.jpg)
Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.
![Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723004198_NorHishamMohammad.jpg)
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
![Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736288642_bombalogo.jpg)
Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.
![Subang hidung tersangkut, wanita 'melekat' pada kerusi Subang hidung tersangkut, wanita 'melekat' pada kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736741166_Subanghidung.jpg)
Subang hidung tersangkut, wanita 'melekat' pada kerusi
Seorang wanita menghadapi detik cemas apabila subang hidung yang dipakainya melekat pada kerusi sehingga terpaksa ke balai bomba Bandung untuk melepaskannya.
![Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736492061_TBKEBAKARAN.jpg)
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.