Pada mulanya, wanita berkenaan hanya bergurau dan meletakkan subang hidungnya dikerusi namun tersangkut.
Menerusi rakaman video yang dipaparkan, wanita berkenaan dilihat masih melekat di kerusi dan menaiki sebuah kenderaan untuk dibawa ke balai bomba.
Ketika menaiki kenderaan tersebut, kerusi berkenaan dibawa sekali bersamanya.
Menurut petugas bomba, Asep Risky, pihaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk melepaskan subang hidung yang dipakai wanita daripada kerusi.
"Saya difahamkan wanita berkenaan pada mulanya hanya 'main-main' namun tidak sangka subang hidung melekat di kerusi.
"Jadi dia datang ke sini untuk meminta bantuan daripada kami, sekejap sahaja sudah boleh buka," ujarnya. - Sinar Harian