Ringkasan AI
- Sistem ramalan cuaca yang cekap dan respons pantas penting untuk mengurangkan risiko bencana.
- Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada MetMalaysia atas usaha menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas.
- Hari Meteorologi Sedunia 2025 bertemakan "Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal" mengingatkan kepentingan amaran awal dalam menyelamatkan nyawa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berterima kasih kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kerana tidak pernah jemu menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas demi keselamatan rakyat.
"Anda 'barisan hadapan cuaca', dalam memastikan negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Semoga usaha ini terus dihargai dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan maklumat cuaca dalam kehidupan seharian. Teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi, para pahlawan cuaca," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut mengucapkan selamat menyambut Hari Meteorologi Sedunia 2025 yang diraikan hari ini.
"Tema tahun ini, "Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal", mengingatkan kita bahawa setiap saat dalam menyampaikan amaran awal boleh menyelamatkan nyawa," katanya.
-- BERNAMA
