Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Zaida Zainul Rizam, 16 dibawa orang awam ke Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam kira-kira pukul 4.30 petang Jumaat.
"OH (Orang Hilang) dijumpai dalam keadaan selamat, sihat dan tiada sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini, keluarga mangsa membuat laporan pada pukul 10.16 malam, Khamis selepas gadis itu tidak pulang ke rumah.
Kali terakhir remaja itu dilihat berada di sebuah sekolah menengah kira-kira 1.30 tengah hari Khamis.