Kerajaan disarankan untuk terus melabur dalam sistem pendidikan negara bagi mengurangkan jurang digital yang nyata antara segenap lapisan masyarakat khususnya tatkala negara dilanda wabak COVID-19.
Penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir berkata usaha melipatgandakan penggunaan teknologi harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang yang menyebabkan lebih ramai pelajar yang tercicir.
“Kita boleh membincangkan perkara ini untuk berjam-jam tetapi akhirnya, kerajaan perlu meneliti dan mengambil berat mengenai perkara ini kerana ia bukan dalam bidang kuasa kami.
“Saya pasti kita mahu generasi seterusnya yang akan memimpin negara ini untuk berpendidikan, berpengetahuan dan mampu untuk berfikir secara kritis.
“Dan kerajaan perlu tahu pentingnya perkara ini dan menitikberatkan perubahan kerana ia luar daripada kawalan orang biasa seperti kami. Jadi pelaburan dalam pendidikan adalah amat penting,” kata Faizal yang merupakan bapa kepada enam orang cahaya mata.
Beliau berkata demikian ketika menjadi anggota panel dalam Webinar Astro AWANI yang berjudul “COVID-19: Mempercepatkan Revolusi Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran” pada Selasa.
Pengarah Pemimpin Global School Leaders Malaysia, Cheryl Ann Fernando yang juga merupakan salah seorang anggota panel dalam webinar tersebut senada dengan Faizal dan berkata bahawa pelajar yang sebelum ini ketinggalan dalam pelajaran semakin ketinggalan gara-gara tiada akses kepada internet.
“Sebagai sebuah negara yang maju, Malaysia tiada alasan untuk meminta pelajar kita untuk memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet. Tiada alasan sama sekali.
“Bergerak ke hadapan, saya sangat berharap sesuatu isu itu tidak perlu jadi viral untuk mendapat perhatian orang ramai.
“Saya berharap ia semua berubah dan akses kepada internet menjadi suatu kebiasaan bagi semua,” kata Cheryl.
Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, yang memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet bagi menduduki peperiksaan dalam talian.
Webinar berkenaan dikendalikan Editor Kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang turut menampilkan Finalis 50 Guru Terbaik Global Teacher 2020 Norhailmi Abdul Mutalib, guru Siti Faridah Matt dan Timbalan Pengarah Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum, UKM Ts. Dr Muhammad Helmi Norman.
Isabelle Leong
Tue Jun 30 2020
![Pelaburan berterusan bantu kurangkan jurang digital - Faizal Tahir Pelaburan berterusan bantu kurangkan jurang digital - Faizal Tahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573744282_smartcity.jpg)
Penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir berkata usaha melipatgandakan penggunaan teknologi harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang yang menyebabkan lebih ramai pelajar yang tercicir. - Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Ubah paradigma, proses ajar dan belajar tidak lagi seperti dahulu Ubah paradigma, proses ajar dan belajar tidak lagi seperti dahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623365421_TBSekolahIpad.jpg)
Ubah paradigma, proses ajar dan belajar tidak lagi seperti dahulu
Perubahan keadaan semasa perlu disantuni sebaiknya dengan kreativiti para pengajar supaya tidak terikat dengan cara lama untuk memastikan kelangsungan pendidikan generasi masa depan negara.
![Kerajaan diminta sediakan data, peranti untuk mudahkan pembelajaran dari rumah Kerajaan diminta sediakan data, peranti untuk mudahkan pembelajaran dari rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605102432_TBGadget.jpg)
Kerajaan diminta sediakan data, peranti untuk mudahkan pembelajaran dari rumah
Sektor pendidikan diminta menggunakan sebahagian daripada dana itu untuk menyediakan data dan peranti kepada pelajar.
![Pelaburan berterusan bantu kurangkan jurang digital - Faizal Tahir Pelaburan berterusan bantu kurangkan jurang digital - Faizal Tahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573744282_smartcity.jpg)
Pelaburan berterusan bantu kurangkan jurang digital - Faizal Tahir
Faizal Tahir berkata usaha melipatgandakan penggunaan teknologi harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang yang menyebabkan lebih ramai pelajar yang tercicir.
![Pelajar luar bandar takut belajar bahasa Inggeris, ibarat belajar bahasa Jerman Pelajar luar bandar takut belajar bahasa Inggeris, ibarat belajar bahasa Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581089956_CHERYLANNFERNANDO.jpg)
Pelajar luar bandar takut belajar bahasa Inggeris, ibarat belajar bahasa Jerman
Bukan sekadar literasi Bahasa Inggeris, beliau juga mendedahkan, ramai pelajar yang ditemuinya di lapangan masih belum benar-benar menguasai literasi Bahasa Melayu.
!['Sukatan pelajaran terlalu padat kekang pengajaran alaf ke-21' 'Sukatan pelajaran terlalu padat kekang pengajaran alaf ke-21'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557995199_CHERYLANNFERNANDO.jpg)
'Sukatan pelajaran terlalu padat kekang pengajaran alaf ke-21'
Pengarah Global School Leaders Malaysia, Cheryl Ann Fernando berkata teknologi hanya alat, namun kemahiran menjadi keutamaan pertama.
![Belanjawan 2019: Harap tiada lagi pelajar miskin tercicir Belanjawan 2019: Harap tiada lagi pelajar miskin tercicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541211729_CherylFernando.jpg)
Belanjawan 2019: Harap tiada lagi pelajar miskin tercicir
Menurut Cheryl Ann Fernando bantuan pendidikan dalam bentuk bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai sejumlah RM2.9 bilion akan memastikan tiada pelajar yang tercicir kerana kesempitan hidup.
![FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61506232079_PelakonWanitaTerbaik.jpg)
FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy
Lakonan mantap pelakon tanahair Sangeetha Krishnasamy dalam filem Adiwiraku, bukan sahaja telah memenangi hati rakyat Malaysia.