KUALA LUMPUR:Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2021 diminta menggunakan sebahagian daripada dana itu untuk menyediakan data dan peranti kepada pelajar dalam usaha membantu mereka dari segi ketersambungan maya.
Pengarah Global School Leaders Malaysia Cheryl Ann Fernando berkata ini akan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka dari rumah dengan lancar seperti yang disarankan Kementerian Pendidikan (KPM).
"... kerana jika tidak, saya rasa kumpulan pelajar ini pasti akan banyak ketinggalan dari segi pembelajaran dan tempoh pasca pandemik ini bakal menyaksikan mereka terpaksa bergelut untuk mengikuti apa yang sedang diajar," katanya dalam rancangan Mid-Day Update bersama Bernama TV yang bertajuk 'Belanjawan 2021: Pendidikan' hari ini.
Meskipun bersetuju bahawa jumlah RM725 juta yang diperuntuk bagi menaik taraf sekolah usang di seluruh negara adalah 'lebih daripada mencukupi,' Fernando berkata lebih banyak peruntukan diperlukan bagi menyediakan ketersambungan, infrastruktur, data serta peranti untuk pelajar terutama di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, beliau berharap pihak berkaitan akan mengambil maklum cara belanjawan respons COVID-19 digunakan dan mengambil langkah menaikkan jumlah dana bagi pembinaan kapasiti guru selain mempelbagaikan serta menginovasi kaedah latihan untuk guru seperti latihan maya.
Beliau berkata langkah menyesuaikan bentuk latihan dan penyelesaian kepada guru adalah cara terbaik untuk terus melangkah sepanjang tempoh berdepan ancaman pandemik COVID-19.
"Apa yang dapat kita lakukan ialah mengenal pasti lokasi guru, kesulitan mereka serta cara pejabat pendidikan daerah dan negeri boleh membantu mereka. Jika kita cuba memberikan satu kaedah penyelesaian untuk semua perkara, maka ia amat sukar untuk dilaksanakan.
"Bagaimanapun, jika kita menyesuaikan jenis latihan untuk guru, maka kita akan dapat melihat hasilnya dengan segera," katanya.
Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 berkata KPM terus menerima peruntukan terbesar sebanyak RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.
KPM turut menjadi penerima terbesar dalam Belanjawan 2020 dan Belanjawan 2019 dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM64.1 bilion dan RM60.2 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 11 2020

Fernando berkata lebih banyak peruntukan diperlukan bagi menyediakan ketersambungan, infrastruktur, data serta peranti untuk pelajar terutama di Sabah dan Sarawak. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.

Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.

Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan
Sektor pendidikan di Syria, terutamanya di Aleppo, menghadapi cabaran besar untuk dibangunkan semula.

British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.