SEREMBAN: Seorang pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini kerugian hampir RM10,000 selepas ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam kejadian di Bahau, Jempol, dekat sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mangsa lelaki berusia 52 tahun itu mendakwa terlihat iklan pinjaman wang di Instagram sebelum berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dengan dua ejen dikenali sebagai Tony dan Daniel Heng yang menguruskan pinjaman wang tersebut.
Menurut Hoo, mangsa membuat pinjaman itu kerana dipercayai mengalami masalah kewangan.
"Mangsa kemudiannya diminta membayar sejumlah wang kerana 'scoring' akaun banknya tidak layak untuk melakukan pinjaman selain pembayaran itu bertujuan untuk menguruskan akaun bank tersebut serta bayaran cukai bagi meluluskan pinjaman berkenaan.
"Percaya dengan urusan yang dijalankan itu, mangsa telah melakukan bayaran sebanyak enam kali berjumlah RM9,345.92 ke tiga akaun bank berbeza," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hoo berkata lelaki itu menyedari ditipu selepas ejen tersebut masih meminta tambahan bayaran untuk meluluskan pinjaman dan telah membuat laporan polis semalam.
Dalam kes berasingan, Hoo berkata seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun kerugian RM1,950 selepas ditipu dalam urusan pembelian komputer riba secara dalam talian dan mendakwa masih tidak menerima komputer riba itu selepas membuat dua kali pembayaran pada 3 dan 9 Feb lepas.
Beliau berkata remaja yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
Menurut Hoo, mangsa membuat pinjaman itu kerana dipercayai mengalami masalah kewangan. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pegawai Khas MB Kedah nafi bergaduh dengan peniaga pasar malam
Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Salmy Anas Ahmad menafikan melakukan kekasaran terhadap wakil peniaga pasar malam seperti didakwa dalam video tular di media sosial pada Isnin.
Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
Seleweng hampir RM1 juta, dua bekas staf IPTS ditahan SPRM
SPRM Perlis menahan dua orang bekas kakitangan sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di utara tanah air kerana disyaki menyeleweng wang hampir RM1 juta.
Bekas pegawai khas Ahli Parlimen tuntut tunggakan gaji
Bekas pegawai khas itu turut menyaman Ahli Parlimen berkenaan bagi pemecatannya yang dianggap tidak sah kerana dilakukan tanpa notis.
Najib masih di Penjara Kajang - Pegawai khas
Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai khas bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Lutfi Azhar ketika ditemui media di lobi Mahkamah Tinggi, hari ini.
Pegawai khas ADUN rugi hampir RM10,000 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud
Seorang pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini kerugian hampir RM10,000 selepas ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam kejadian di Bahau, Jempol.
Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Dakwaan salah guna kuasa: Pegawai khas ADUN dibebaskan
Lelaki berusia 57 tahun itu direman selama lima hari bermula 13 Julai lepas.
Tiada bukti Muhammad Zahid berkomplot dengan individu lain, aniaya Isa Samad - Hakim
Hakim Mohd Nazlan berkata tiada keterangan menunjukkan Muhammad Zahid mempunyai motif untuk menyalah guna kedudukan tertuduh bagi meminta suapan daripada Ikhwan untuk dirinya sendiri.
Pembunuhan empat mangsa di Sulawesi Tengah berniat memecah belah rakyat - Jokowi
Menurut Jokowi, serangan keganasan di Sulawesi Tengah pada Jumaat lalu itu bertujuan menimbulkan bantahan dalam kalangan rakyat.