KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib, demikian menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini juga bersetuju, untuk memanjangkan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak, yang sedang menjalani latihan siswazah dan/atau khidmat wajib.
Khairy menjelaskan mesyuarat Kabinet pada 14 Julai tahun lalu bersetuju memberikan semua kemudahan tersebut hanya kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak, yang telah diluluskan pelanjutan kontrak setelah melengkapkan khidmat wajib.
"Selaras dengan usaha berterusan dan komitmen untuk menambah baik situasi kebajikan pegawai lantikan kontrak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mesyuarat Kabinet hari ini membentangkan satu lagi memorandum untuk pertimbangan Jemaah Menteri, agar pemberian kemudahan-kemudahan sedia ada ini ditambah baik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Khairy keputusan pemanjangan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah, diharap dapat menangani isu ketidaksetaraan pemberian kemudahan-kemudahan berkenaan antara pegawai lantikan kontrak yang sedang menjalani latihan siswazah dan/atau khidmat wajib dengan pegawai lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib.
"Selain itu, pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib juga akan dapat menikmati kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal sebagaimana dinikmati oleh pegawai lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib," katanya.
Khairy berkata memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan hari ini, adalah satu daripada usaha dan komitmen berterusan KKM dalam menambah baik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif buat seluruh kakitangannya, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi serta selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
![Pegawai kesihatan kontrak jalani khidmat wajib layak dapat kemudahan - Khairy Pegawai kesihatan kontrak jalani khidmat wajib layak dapat kemudahan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654689575_TBKJ.jpg)
Khairy berkata memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan hari ini, adalah satu daripada usaha dan komitmen berterusan KKM dalam menambah baik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif buat seluruh kakitangannya. - Bernama
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705568204_Aedes.jpg)
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
![Pegawai kesihatan kontrak jalani khidmat wajib layak dapat kemudahan - Khairy Pegawai kesihatan kontrak jalani khidmat wajib layak dapat kemudahan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654689575_TBKJ.jpg)
Pegawai kesihatan kontrak jalani khidmat wajib layak dapat kemudahan - Khairy
Kemudahan hanya kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak, yang telah lulus pelanjutan kontrak setelah melengkapkan khidmat wajib.
![COVID-19: Beijing pecat pegawai tertinggi kesihatan COVID-19: Beijing pecat pegawai tertinggi kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653529804_COVIDoutbreakin.jpg)
COVID-19: Beijing pecat pegawai tertinggi kesihatan
Yu Luming disyaki melanggar disiplin dan undang-undang yang serius, dan kini sedang menjalani semakan tatatertib dan siasatan penyeliaan.
![Kakitangan Pejabat Kesihatan nafi terima suapan Kakitangan Pejabat Kesihatan nafi terima suapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631507594_rasuah.jpg)
Kakitangan Pejabat Kesihatan nafi terima suapan
Tertuduh didakwa memperoleh suapan melalui kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM31,099.50 menerusi syarikat milik adiknya.
![Polis buru suspek rompak menyamar pegawai kesihatan Polis buru suspek rompak menyamar pegawai kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575425237_Polisburususpek.jpg)
Polis buru suspek rompak menyamar pegawai kesihatan
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tiga lelaki berumur antara 20-an dan 30-an itu telah datang ke rumah berkenaan, kononnya bagi menjalankan pemeriksaan jentik-jentik.
![Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat ditahan SPRM Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61517919572_PenolongPegawai.jpg)
Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat ditahan SPRM
Penahanan dibuat di pejabat SPRM Johor Cawangan Segamat kira-kira 2.30 petang ketika suspek berusia 57 tahun itu memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan.
![Biro Kebajikan UMNO tinjau mangsa Aceh pada Jumaat Biro Kebajikan UMNO tinjau mangsa Aceh pada Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440235659_SHAMSULANUARNASARAH.jpg)
Biro Kebajikan UMNO tinjau mangsa Aceh pada Jumaat
Biro Kebajikan UMNO akan menghantar pasukan ke Aceh pada Jumaat bagi meninjau dengan lebih dekat lokasi bencana sebelum bantuan selanjutnya disalurkan kepada mangsa terlibat.
![Tentera mantapkan mekanisme bantuan, ulama syor adakan solat ghaib Tentera mantapkan mekanisme bantuan, ulama syor adakan solat ghaib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71481162016_Aceh.jpg)
Tentera mantapkan mekanisme bantuan, ulama syor adakan solat ghaib
Tentera Nasional Indonesia (TNI) gerakkan anggota dan aset untuk bantu mangsa gempa, termasuk membawa masuk pakar perubatan dan pegawai kesihatan.