Polis sedang memburu tiga penjenayah susulan kejadian seorang suri rumah disamun tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kesihatan, di sebuah rumah di Batu 6, Jalan Apas, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tiga lelaki berumur antara 20-an dan 30-an itu telah datang ke rumah berkenaan, kononnya bagi menjalankan pemeriksaan jentik-jentik.
Wanita yang ketika itu bersendirian di rumah, terus membenarkan tiga lelaki tersebut masuk.
Mereka kemudiannya bertindak menggeledah rumah tersebut dan melarikan barang kemas serta wang tunai berjumlah RM1,000.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata, pihaknya kini sedang dalam usaha mengesan dan memburu penjenayah berkenaan.
"Saya telah membuat perbincangan dengan beberapa kumpulan kita untuk mengesan penjenayah ini. Memang kita buat penyiasatan terperinci, termasuk mendapatkan CCTV dari negara jiran.
"Perkembangan lanjut akan saya bawa dalam masa terdekat ini," katanya.
Peter berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI selepas menghadiri sesi latihan tempur jarak dekat oleh pasukan Unit Strike Team dari IPD Tawau di kawasan Teck Guan Coco Village di Bukit Queen Tawau pada Selasa.
Mengulas lanjut, Peter berkata, kejadian seumpama itu merupakan kes kedua berlaku di daerah ini tahun ini.
Sehubungan itu, Peter menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pihak yang datang mengaku sebagai penjawat awam tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu.
Petrus Bernard
Tue Dec 03 2019
Peter ditemui selepas menghadiri sesi latihan tempur jarak dekat oleh pasukan Unit Strike Team dari IPD Tawau di kawasan Teck Guan Coco Village di Bukit Queen Tawau pada Selasa. - Astro AWANI
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
JIM akan laksana enam reformasi proses kerja, penyampaian perkhidmatan
Pusingan kerja untuk ketua, penyelia dan pegawai imigresen akan dilaksanakan segera untuk pegawai yang telah berkhidmat lebih daripada tiga tahun.
Bayi lapan bulan maut di taska akibat lemas - Polis
Bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Alor Gajah mendapati punca kematiannya disebabkan lemas.
Makluman dari perniagaan mengenai JS-SEZ sedang ditangani - Onn Hafiz
Kerajaan Johor dan persekutuan sedang mengambil langkah serius untuk menangani maklum balas dan kebimbangan perniagaan mengenai Zon Ekonomi Khas (JS-SEZ) Johor-Singapura yang akan datang.
'Rakaman CCTV nampak Nidza Afham beli air, keluar minum' - Abang ipar
Abang ipar kepada Allahyarham, Muhammad Effrie Amron berkata, itu antara rakaman CCTV premis yang dikatakan diterima pihak keluarga.
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
Pelajar tingkatan satu terjatuh bangunan sekolah meninggal dunia
Seorang pelajar tingkatan satu yang cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Kajang meninggal dunia awal pagi Sabtu.
KPDN Kelantan rancang pasang CCTV di stesen minyak di sempadan negara
KPDN Kelantan akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang
SWCorp Pahang mengambil inisiatif memasang CCTV di beberapa lokasi panas sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kuala Lipis - Gua Musang sejak awal bulan ini.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.