KUALA LUMPUR:Ibu bapa serta penjaga perlu memberi perhatian dan memantau anak-anak terutama di bawah umur 13 tahun yang memiliki akaun media sosial daripada menjadi sasaran pedofil.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menegaskan, pendekatan pedofil kini bukan sahaja di alam nyata namun mula menggunakan strategi memujuk di alam maya untuk mencari mangsa.
"Pertama mereka mendekati anak-anak ini apabila berseorangan, bukan secara fizikal sahaja tetapi secara maya. Berseorangan di padang barangkali mendekatkan risiko, tetapi berseorangan semasa melayari laman-laman sesawang ini, walaupun untuk mereka, sebenarnya di bawah 13 tahun tidak boleh memiliki akaun media sosial tetapi hari ini kita lihat anak-anak kecil juga sudah ada akaun media sosial.
"Maka hubungan itu dibuat daripada landasan ini, platform ini. Mereka mempunyai masa, pedofil berhati-hati, mula mendekati, kemudian mula bersimpati dengan nasib anak dan kemudian menjadi pendengar yang baik dan akhirnya membuat child grooming.
"Ini memang ditakuti oleh semua ibu bapa dan penjaga, malangnya kaedah pengurusan mereka semasa mengurus risiko ini sangat-sangat terhad dan sangat primitif. Andaian bahawa dengan melaksanakan perkara asas maka anak-anak ini selamat, sangat-sangat primitif," katanya semasa dihubungi di sini, pada Isnin.
Sebuah portal berita pada tahun lepas melaporkan, Malaysia semakin menjadi sasaran sindiket pemerdagangan seks melibatkan kanak-kanak berikutan negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Filipina telah mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan itu.
Menurut laporan tersebut yang memetik seorang aktivis kumpulan hak asasi manusia, sindiket itu juga banyak menyasarkan kanak-kanak lelaki melibatkan kawasan Bukit Bintang, Brickfields, Pasar Seni dan Ampang di ibu negara.
Kerajaan sebelum ini dilaporkan sedang mengkaji mekanisme terbaik dalam menangani isu pemerdagangan seks melibatkan kanak-kanak yang menyasarkan Malaysia untuk kegiatan tersebut.
Isu itu turut dibincangkan bersama-sama negara jiran dalam memastikan penularan kegiatan sumbang itu dihentikan segera.
Dalam pada itu, penganalisis jenayah Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, kelekaan ibu bapa sendiri semasa melayari laman media sosial membuka ruang dan antara faktor anak diculik.
Tegasnya, kelemahan dalam aspek itu adalah kelebihan kepada penjenayah melakukan penculikan sekali gus memudahkan perancangan jahat pihak berkenaan.
"Ibu bapa diperingatkan tidak leka kepada gajet, inilah punca berlakunya jenayah, jika bersama anak-anak, beri tumpuan 100 peratus kepada anak-anak dan jangan leka. Saya rasa media sosial dan bahagian penerangan (kerajaan) kena main peranan, sentiasa berikan amaran, sentiasa ingatkan ibu bapa supaya tidak cuai dan tidak leka dengan gajet sehingga anak menjadi mangsa," ujarnya.
Sentiasa kerjasama
Nada sama diberi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu rakyat sentiasa bekerjasama dengan kerajaan jika mengetahui berlakunya kes seumpama itu.
Beliau yang juga Pengerusi Selangor Wilayah Industrial Security Society (SWiSS) menasihati masyarakat untuk rapat dengan jiran sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan anak-anak.
"Ibu bapa perlu bertangungjawab terhadap keselamatan anak, kerana kecuaian ibu bapa sendiri anak menjadi mangsa atau dibawa lari oleh orang tertentu.
"Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak mereka terutama mereka yang berumur empat sehingga lima tahun dan tujuh sehingga lapan tahun.
"Kalau kita ke tempat khalayak ramai, kita perlu lebih prihatin lagi untuk menjaga anak-anak kita supaya mereka tidak hilang, ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka, jangan tinggal anak sendirian, perlu dipegang Kadang-kadang ada yang tinggalkan anak kecil dalam troli di luar (kedai). Itu kecuaian ibu bapa," katanya.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman, jumlah kes jenayah seks kanak-kanak meningkat sebanyak 20.3 peratus bagi tempoh enam bulan terakhir tahun 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Statistik itu mendapati sebanyak 326 kes dicatatkan pada Julai hingga Disember 2018 berbanding 271 kes bagi tempoh sama pada tahun 2017 membabitkan peningkatan sebanyak 55 kes.
Wan Syamsul Amly
Tue Oct 06 2020
Pendekatan pedofil kini bukan sahaja di alam nyata namun mula menggunakan strategi memujuk di alam maya untuk mencari mangsa. - Gambar hiasan
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta.
Guru didakwa perdagang wanita digantung tugas
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan kepada seorang guru dengan menggantung tugasnya untuk sementara selepas individu tersebut didakwa memperdagangkan seorang wanita.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks
Ibu bapa perlu lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi.
Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
Polis selamatkan gadis selepas 10 bulan lari bersama kekasih
Selepas hampir 10 bulan, seorang gadis bawah umur yang dilarikan kekasihnya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah stor besi buruk.
Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.
131 mangsa buruh paksa, seks, dagangan kanak-kanak berjaya diselamatkan - Rina Harun
Kesemua mangsa telah diberikan perintah perlindungan interim di rumah perlindungan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.