PUTRAJAYA: Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, dalam usaha mengisytiharkan 18 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat berkata demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam-peguam pemerhati dan sahabat mahkamah atau Amicus Curiae.
Keputusan itu akan dibuat panel sembilan hakim diketuai Tun Tengku Maimun bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.
Selain itu ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri P Nalini, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Dalam prosiding ini, Sisters In Islam (SIS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hadir selaku sahabat mahkamah atau Amicus Curiae.
Peguam pemerhati pula dibarisi peguam-peguam bagi pihak Badan Peguam Malaysia, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk), Majlis Agama Islan Negeri Sembilan (MAINS) dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Sebelum ini, peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman memfailkan petisyan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.
Nik Elin Zurina, 62, dan Tengku Yasmin Natasha, 26, memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 18 Seksyen Kesalahan Jenayah Syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah.
Peruntukan itu termasuk Seksyen 11 (memusnahkan tempat ibadat), Seksyen 13 (menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).
Peruntukan lain termasuk Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual).
Mereka juga memohon mahkamah mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak mempunyai kuasa membuat enakmen berkaitan kesalahan jenayah syariah yang terpakai kepada orang Islam sahaja.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 20 2023

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Tuan Maimun Tuan Mat berkata demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam-peguam pemerhati dan sahabat mahkamah atau Amicus Curiae.- Gambar fail/Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KDN pantau reaksi awam isu Enakmen Syariah Kelantan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemantauan itu antaranya bagi perkara yang berpotensi menyumbang kepada situasi ketidaktenteraman awam.

Muhyiddin perlu tunjuk tauladan yang baik - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menggesa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan tauladan dengan tidak menimbulkan sangkaan tidak baik susulan pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan pada Jumaat lalu

Jangan politikkan isu pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan- Zahid
Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan Enakmen Syariah Kelantan tidak perlu dipolitikkan.

Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 November 2023.

Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.