KUALA LUMPUR: Ketagihan pornografi mungkin berlaku disebabkan pendidikan seks di peringkat awal tidak didedahkan oleh ibu bapa kepada anak mereka yang berada dalam fasa ingin tahu, kata Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad.
Pakar Perubatan Keluarga dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, golongan ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi.
"Bercakap dengan anak mengenai apa itu seks, apa perkara boleh dan tidak boleh. Bagi umat Islam, ibu bapa beritahu apa perkara yang dilarang...kerana jika mereka ini dididik dari awal, insya-Allah mereka akan faham (tentang seks).
"Masalah yang timbul, saya rasa kerana pendidikan (mengenai seks antara ibu bapa dan anak) itu tidak berlaku (dalam kehidupan berkeluarga) dan kita hanya bergantung kepada sekolah," katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia siaran Bernama TV, pada Khamis.
Beliau turut menasihati ibu bapa untuk melakukan pemantauan secara berterusan terhadap anak-anak mereka terutama dalam penggunaan Internet memandangkan akses untuk mendapatkan bahan pornografi amat mudah sekarang ini.
"Walaupun anak sudah masuk sekolah menengah atau kolej, pemantauan ini perlu dilakukan pada bila-bila masa... apabila ibu bapa pegang telefon anak, anda dibenarkan untuk memeriksa bila-bila masa kerana anak-anak terutama remaja mudah guna Internet atau mengakses untuk tengok pornografi.
"Mereka mempunyai sifat ingin tahu sebab tidak tahu apa itu seks. Jadi, kalau dalam kebanyakan rumah di Malaysia, ibu bapa tidak bercakap tentang seks, jadi di mana lagi mereka (anak-anak) boleh mendapatkan maklumat itu selain melalui Internet," kata Dr Noor Azimah.
Mengenai topik 'Semua Orang Boleh Berdakwah?' dalam program sama, Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Nur Shahidah Paad berkata, semua pihak perlu sentiasa merujuk kepada pakar dalam bidang keagamaan sebelum menyampaikan dakwah masing-masing.
Beliau berkata, walaupun sesiapa sahaja boleh berdakwah dengan ilmu yang ada namun pada masa sama mereka perlu berusaha belajar daripada pihak lebih pakar bagi menambah ilmu agama sedia ada, terutama melibatkan al-Quran dan hadis.
"Kalau ramai berdakwah melalui media sosial, ia satu berita gembira kerana ia adalah seruan Tuhan untuk kita berdakwah. Tetapi pada masa sama, ia mungkin menjadi satu petanda buruk kalau individu itu menyebarkan dakyah yang tidak betul, tetapi bagi saya itu adalah satu cabaran (media sosial).
"Tetapi, saya rasa kita tidak perlu sekat mana-mana individu yang mahu menceburi bidang dakwah itu. Cuma kempen serta kesedaran kena sentiasa dilakukan supaya dakwah itu berterusan dan dapat dilakukan (disampaikan) dengan baik," katanya.
Sehubungan itu, Nur Shahidah berkata, mereka yang ingin menyampaikan dakwah di mana-mana platform perlu tahu tentang tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan benar sekali gus dapat menjaga kesucian agama Islam. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Dr Noor Azimah berkata, golongan ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi. - Gambar hiasan/Astro AWANI

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.

Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.

Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.

Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.

Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta.

Guru didakwa perdagang wanita digantung tugas
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan kepada seorang guru dengan menggantung tugasnya untuk sementara selepas individu tersebut didakwa memperdagangkan seorang wanita.

Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.

Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks
Ibu bapa perlu lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi.

Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.

Polis selamatkan gadis selepas 10 bulan lari bersama kekasih
Selepas hampir 10 bulan, seorang gadis bawah umur yang dilarikan kekasihnya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah stor besi buruk.