Pedang merupakan antara senjata yang dirampas dipercayai digunakan pendatang asing bagi mengancam nyawa anggota yang menjalankan Op Mega 3.0 di sekitar Taman Subang Mas, Subang Jaya di sini malam tadi.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang menyertai operasi bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara, mereka turut merampas beberapa senjata lain yang membahayakan anggota pada operasi bermula 12 tengah malam itu.
"Seramai 157 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada 380 orang yang diperiksa atas pelbagai kesalahan Imigresen termasuk dokumen palsu dalam operasi ini," katanya kepada pemberita selepas pertama kali menyertai Op Mega 3.0 berkenaan malam tadi.
Beliau berkata sepanjang tempoh Op Mega 3.0 dijalankan bermula 1 Julai sehingga Jumaat lepas, seramai 4,476 PATI telah ditahan menerusi 1,568 operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen di seluruh negara.
Katanya seramai 91 majikan turut ditahan bagi tempoh yang sama manakala 745 majikan telah didakwa dan diambil tindakan.
"Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah warga Indonesia iaitu seramai 1,255 orang, diikuti warga Bangladesh (1,246), Myanmar (455), Filipina (294) dan bakinya adalah dari negara-negara lain.
"Ini adalah komitmen yang dizahirkan dalam usaha membanteras masalah PATI dan pekerja asing serta memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara ini," katanya.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
Pada operasi sama, Mustafar berkata ancaman keselamatan oleh PATI yang bersikap agresif terhadap anggota dan pegawainya sering berlaku ketika operasi dijalankan sebelum ini.
Beliau berkata antara ancaman diterima pihaknya ialah PATI meletakkan senjata termasuk parang dan kapak di belakang pintu rumah yang diserbu anggota dan pegawai Jabatan Imigresen yang boleh membahayakan mereka.
Tinjauan Bernama mendapati seorang pendatang asing dipercayai tidak memiliki dokumen cedera selepas terjun dari tingkat satu bangunan rumah kedai di kawasan terbabit untuk meloloskan diri daripada diperiksa dalam operasi itu.
Wanita berusia lingkungan 50-an itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 29 2018
Murid dihukum belajar atas lantai kerana tak bayar yuran sekolah
MA 'dihukum' oleh guru kelasnya kerana mempunyai tunggakan yuran sekolah selama tiga bulan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Perkembangan banjir di empat negeri
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula hari ini
Perkembangan banjir di empat negeri
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula hari ini
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Biden sampai ucapan perpisahan dari Oval Office Rabu depan
Pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Polis tahan lelaki warga China disyaki curi dalam pesawat
Suspek berusia 54 tahun itu juga disyaki adalah ahli sindiket berkait tiga lelaki lain yang diberkas berhubung kes kecurian dalam pesawat pada hujung tahun lalu.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Zambry berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
Kotak hitam Jeju Air berhenti merakam 4 minit sebelum insiden
: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan maklumkan, kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan perakam suara kokpit untuk penerbangan Jeju Air yang terhempas dan mengorbankan 179 orang Disember lalu, dilaporkan berhenti merakam empat minit sebelum bencana itu berlaku.
Biden sampai ucapan perpisahan dari Pejabat Oval, Rabu depan
Kenyataan White House maklumkan, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joe Biden, dijadual menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval pada Rabu ini.
Pemberian khas 40 kepada Sabah diharap dilaksanakan sepenuhnya - Azis Jamman
Pemberian khas 40 peratus berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah diharap dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Warisan lantik Bendahari Agung, Ketua Penerangan baharu
Parti Warisan mengumumkan pelantikan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari sebagai Bendahari Agung, manakala Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Penerangan parti berkenaan.
Keperluan perjanjian baharu ganti MA63 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman akan mengajukan soalan tersebut kepada Perdana Menteri.
PRU15: Mohd Azis sahut cabaran pertahan kerusi Parlimen Sepanggar
Beliau mengambil sikap terbuka, akui mana-mana parti politik berhak bertanding di kerusi yang diinginkan.
Polis sah jalan siasatan terhadap Ahli Parlimen Sepanggar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mohd Azis Jamman disiasat berhubung ucapannya pada persidangan Parlimen awal bulan ini.
Warisan akan sokong Anwar jika berjaya dapatkan 'angka ajaib" - Azis Jamman
Parti Warisan (Warisan) sedia memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya memiliki 'angka ajaib', kata Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman.
Mesyuarat Khas Parlimen: Kadar vaksinasi rendah, berhenti layan Sabah seperti 'anak tiri' - Azis Jamman
Kerajaan digesa mempercepatkan penghantaran dan proses vaksinasi di negeri Sabah dan berhenti melayan warga negeri itu sebagai anak tiri.
Dewan kecoh pembangkang persoal kehadiran Jeffrey ke sidang Parlimen
Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika selepas blok pembangkang mempersoalkan kehadiran Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dalam sesi hari ini.
PRN Sabah: Momentum Slim tidak akan sampai ke Sabah
Menurut Mohd Azis, Sabah unik kerana memiliki pelbagai kaum dan agama.
Pembangkang terus buat kacau, ganggu kelancaran pentadbiran Sabah - Mohd Azis
Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman mendakwa, perkara itu sudah pasti merencatkan pembangunan negeri, sekali gus memberi kesan kepada rakyat Sabah.