UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Warisan akan sokong Anwar jika berjaya dapatkan 'angka ajaib" - Azis Jamman

Parti Warisan (Warisan) sedia memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya memiliki 'angka ajaib', kata Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman.

Astro Awani
Tue Aug 17 2021
Warisan akan sokong Anwar jika berjaya dapatkan 'angka ajaib - Azis Jamman
Ahli Parlimen Sepanggar itu menjelaskan, pembangkang kini mempunyai 105 ahli parlimen termasuk Warisan dan kekurangan tujuh lagi untuk memperolehi majoriti mudah 111 kerusi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Warisan (Warisan) sedia memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya memiliki 'angka ajaib', kata Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman.

Menerusi akaun Twitternya, Mohd Azis menjelaskan sekiranya Anwar gagal memperolehi 'angka ajaib' itu, Pakatan Harapan (PH) perlu memberi hak penolakan pertama (right of first refusal) kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Warisan akan menyokong Anwar menjadi PM jika beliau berjaya mendapatkan ‘angka ajaib’ dan berharap Pakatan Harapan juga memberi hak penolakan pertama kepada Shafie Apdal (Presiden Warisan) jika Anwar tidak melepasi 'angka ajaib',” katanya.

Ahli Parlimen Sepanggar itu menjelaskan, pembangkang kini mempunyai 105 ahli Parlimen termasuk Warisan dan kekurangan tujuh lagi untuk memperolehi majoriti mudah 111 kerusi.

"Sekali lagi untuk lebih jelas, sekarang pembangkang kekal dengan 105 termasuk Warisan. Kami harap DSAI boleh dapat 7 lagi untuk mencecah nombor 111," katanya lagi.



BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?

BACA: Agong seru semua parti politik menekankan muafakat baharu - Anwar

Sebelum ini Astro AWANI melaporkan terdapat rundingan telah dibuat dan satu persetujuan telah dicapai untuk gabungan pembangkang bergerak dengan sokongan 105 Ahli Parlimen.

Pembangkang perlu berusaha mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya tujuh lagi Ahli Parlimen bagi memastikan mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin | 16 Ogos 2021


Semalam, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
 
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.

Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
 
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu.

#Parti Warisan#Warisan#Mohd Azis Jamman#Mohd Shafie Apdal#Anwar Ibrahim#Pakatan Harapan#Politik Malaysia
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi

Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi

Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan

Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan

Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ

Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas

KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi

Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi

Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel

Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel

Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi

Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan

Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan

Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung

Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung

Parti itu anggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan

Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan

Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Serah kuasa lulus projek bawah RM50 juta tanda hormat perjanjian MA63 - Warisan

Serah kuasa lulus projek bawah RM50 juta tanda hormat perjanjian MA63 - Warisan

Mohd Shafie berkata, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan satu berita baik bagi kerajaan Sabah dan Sarawak.
Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat

Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat

Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.
PM Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan

PM Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (Warisan), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajui beliau.
PRU15: Menang tiga kerusi, Warisan sedia kerjasama dengan mana-mana parti

PRU15: Menang tiga kerusi, Warisan sedia kerjasama dengan mana-mana parti

Parti Warisan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang terbentuk walaupun hanya memiliki tiga kerusi Parlimen sekali gus mewakili blok borneo.
Warisan lantik Bendahari Agung, Ketua Penerangan baharu

Warisan lantik Bendahari Agung, Ketua Penerangan baharu

Parti Warisan mengumumkan pelantikan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari sebagai Bendahari Agung, manakala Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Penerangan parti berkenaan.
PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama

PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama

Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.
PRU15: Warisan belum putus jalin kerjasama dengan mana-mana pihak - Shafie

PRU15: Warisan belum putus jalin kerjasama dengan mana-mana pihak - Shafie

Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
PRU15: DAP tidak ikhlas bekerjasama dengan Warisan

PRU15: DAP tidak ikhlas bekerjasama dengan Warisan

Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata dalam menghadapi PRU15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama.