KOTA KINABALU: Pelawaan DAP untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dibuat secara tidak ikhlas, kata Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari.
Dalam kenyataannya hari ini Ahli Parlimen Petagas itu berkata dalam menghadapi PRU15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama.
Beliau berpandangan ia suatu yang agak melucukan, apabila Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa DAP akan mempertahankan tiga kerusi Parlimen yang mereka menang di Sabah.
"...bukankah itu sudah meletakkan satu syarat (untuk kerjasama itu)," katanya.
Semalam Loke dilaporkan sebagai berkata kerjasama dengan Warisan untuk PRU15 berkemungkinan tidak berlaku, kerana tidak mendapat sambuatan daripada parti itu dan menyatakan untuk bekerjasama, keikhlasan diperlukan daripada kedua-dua pihak.
Loke juga menafikan bahawa beliau angkuh apabila menyatakan bahawa DAP mahu mempertahankan kerusi Parlimen mereka pada PRU15, iaitu Kota Kinabalu, Tenom dan Sandakan.
Sementara itu, Awang Ahmad turut menemplak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe kerana menuduh Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai seorang yang hipokrit.
"Ada beberapa contoh sikap hipokrit DAP yang perlu ditonjolkan. Satu yang paling ketara ialah keenganan mereka untuk melaksanakan tuntutan Sabah ke atas 40 peratus hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan pada ketika (Pengerusi DAP) Lim Guang Eng menjadi Menteri Kewangan.
"Kini mereka telah memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan pengisytiharaan bahawa formula itu masih terpakai. Satu waktu yang amat tidak sesuai. Kenapa sekarang ini ketika mereka menjadi pembangkang dan pilihan raya semakin hampir?," katanya.
Awang Ahmad berkata terdapat juga contoh lain kegagalan DAP melaksanakan janji mereka kepada rakyat, bukan sahaja di Sabah tetapi kepada seluruh negara.
Semalam Phoong yang juga Setiausaha DAP Sabah, menyelar Mohd Shafie Apdal kerana menuduh parti itu angkuh ketika berunding kemungkinan bekerjasama untuk PRU15, dengan menuduh presiden Warisan itu sebagai hipokrit.
Pada 3 Jun, 13 wakil rakyat Sabah dari Pakatan Harapan memfailkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan pengisytiharaan mengenai 40 peratus hasil hak Sabah yang diperoleh kerajaan Persekutuan dari Sabah setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata dalam menghadapi PRU15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama. - Gambar fail/Facebook Awang Ahmad Sah Sahari
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.