KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu, yang mendakwa kononnya parti itu mendapat dana atau mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, parti itu menganggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.
Beliau berkata, sekiranya tuduhan itu terus berulang, parti itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan Warisan dengan apa-apa aktiviti atau sindiket haram yang melanggar undang-undang.
"Warisan kesal masih ada segelintir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengaitkan kes itu dengan Warisan seperti yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam polis mendedahkan ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' adalah antara 10 lelaki ditahan Isnin lepas di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, dan susulan pengumuman itu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang mengaitkannya dengan parti Warisan. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Datuk Loretto Padua berkata, parti itu menganggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung
Parti itu anggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.

Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.

Serah kuasa lulus projek bawah RM50 juta tanda hormat perjanjian MA63 - Warisan
Mohd Shafie berkata, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan satu berita baik bagi kerajaan Sabah dan Sarawak.

Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat
Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.

PM Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (Warisan), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajui beliau.

PRU15: Menang tiga kerusi, Warisan sedia kerjasama dengan mana-mana parti
Parti Warisan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang terbentuk walaupun hanya memiliki tiga kerusi Parlimen sekali gus mewakili blok borneo.

Warisan lantik Bendahari Agung, Ketua Penerangan baharu
Parti Warisan mengumumkan pelantikan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari sebagai Bendahari Agung, manakala Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Penerangan parti berkenaan.

PRU15: Warisan sedia ubah senarai calon jika PBS mahu kerjasama
Parti Warisan (Warisan) menyatakan kesediaanya untuk mengubah senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi kenyataan.

PRU15: Warisan belum putus jalin kerjasama dengan mana-mana pihak - Shafie
Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

PRU15: DAP tidak ikhlas bekerjasama dengan Warisan
Ketua Penerangan Warisan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata dalam menghadapi PRU15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama.