KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman bersedia menyahut cabaran daripada mana-mana pihak yang berhasrat untuk merebut kerusi yang disandangnya.
Beliau yang juga Ketua Wira Parti Warisan (Warisan) mengambil sikap terbuka bahawa mana-mana parti politik di negara ini berhak untuk bertanding di kerusi yang mereka inginkan.
"Kalau dulu saya selaku pendatang baharu berhadapan dengan seorang yang cukup dikenali di negara kita iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (bekas Ahli Parlimen Kota Belud) yang mana ketika itu, saya tidak pernah berkhidmat di Sepanggar tetapi saya boleh berhadapan dengan beliau.
"Apatah lagi kini saya pernah berkhidmat di situ, rakyat kenal saya jadi pada saya tidak ada masalah berhadapan dengan sesiapa pun jika diminta berkhidmat dan bertanding di situ sekali lagi, InsyaAllah saya akan menyahut cabaran itu jika diminta oleh parti," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Isnin.
Sebelum itu, beliau diminta mengulas berhubung kerusi yang disandangnya ketika ini mula menjadi rebutan beberapa pihak termasuk Pas yang memberi bayangan akan bertanding di Parlimen Sepanggar.
Beliau bagaimanapun menyerahkan sebarang keputusan kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan sama ada akan kekal bertanding di kawasan itu atau sebaliknya.
"Kita serahkan kepada Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) kerana pada akhirnya yang akan memutuskan siapa bertanding di mana-mana sekali pun adalah Presiden Warisan.
"Saya selalu akur kepada apa juga keputusan yang dibuat oleh parti. Tanding atau tidak, saya kena nyatakan bahawa saya akan bekerja supaya rakyat Sabah melihat kepentingan untuk kita bersatu menuntut hak-hak kita selaku rakyat Sabah.
"Keadaan negeri kita ini seolah-olah kita ketinggalan 20 tahun jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain di Semenanjung, jadi itu yang lebih penting," katanya.
Media pada Mei lalu melaporkan, Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan beliau tidak menolak bahawa Parlimen Sepanggar antara kerusi yang menjadi sasaran Pas Sabah.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Jun 07 2022
Mohd Azis menyerahkan sebarang keputusan kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan sama ada akan kekal bertanding di kawasan itu atau sebaliknya. - Foto Sinar Harian
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Dua suspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekatan jalanraya
Dua lelaki ditahan polis selepas insiden kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan Proton Satria dengan jarak hampir 35 kilometer di sekitar Damansara.
PRU15: Undi awal terakhir beruniform tentera buat Sarjan Fiza
Sarjan Kor Kesihatan Diraja Tentera Darat Malaysia itu mengakui bangga sepanjang menyarung baju anggota keselamatan berkenaan.
PRU15: Mohd Azis sahut cabaran pertahan kerusi Parlimen Sepanggar
Beliau mengambil sikap terbuka, akui mana-mana parti politik berhak bertanding di kerusi yang diinginkan.
Rakyat Sepanggar tidak kisah calon luar bertanding
Sentimen 'calon luar' bukanlah faktor yang menghalang masyarakat di kawasan Parlimen Sepanggar untuk merasai kehangatan calon muka baharu yang akan bertanding di kerusi parlimen itu pada PRU14.