Sentimen 'calon luar' bukanlah faktor yang menghalang masyarakat di kawasan Parlimen Sepanggar untuk merasai kehangatan calon muka baharu yang akan bertanding di kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bagi Julianah Kuritong, 50, isu calon luar yang bertanding di kerusi panas Parlimen Sepanggar bukanlah satu isu besar yang harus dibangkitkan kerana baginya apa yang paling penting adalah calon yang diberi mandat dapat membangunkan kawasan tersebut.
Jelasnya, kewibawaan calon tersebut dalam membentuk Sepanggar sebagai satu kawasan yang pesat membangun dalam menjana ekonomi masyarakat dan juga negeri Sabah juga perkara penting untuk dibangkitkan.
"Jadi sesiapa pun yang akan diberi mandat untuk mentadbir, kami mahu pemimpin tersebut dapat buat yang terbaik untuk Sepanggar khususnya pembangunan di kawasan ini," katanya.
Turut senada, Datuk Abdul Razak Sulaiman, 55 yang tidak kisah tentang latar belakang kedua-dua calon tersebut.
Baginya, apa yang lebih penting adalah calon itu dapat membawa pembangunan ke kawasan Sepanggar ke peringkat yang lebih tinggi.
"Kami (penduduk) Sepanggar tidak memilih calon berdasarkan latar belakang asal mereka. Apa yang lebih penting sesiapa calon yang menang akan membawa pembangunan di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, lain pula pendapat Ayunah Majabin, 47, apabila dia menegaskan bahawa rakyat Sepanggar lebih mempercayai kepimpinan calon BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk mentadbir dan membangunkan kawasan Sepanggar.
Baginya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu adalah calon sesuai untuk mentadbir Sepanggar yang dahagakan pembaharuan berbanding dengan calon pembangkang.
"Kita sudah tahu bahawa Datuk Seri Abdul Rahman adalah menteri yang mana kita sudah nampak pencapaian dan perubahan yang dibawa olehnya melalui siaran berita, televisyen mahupun di luar, jadi itu tidak akan menjadi satu masalah.
"Tetapi, Datuk Azis Jamman pula kita tidak tahu dia orang mana, ada orang cakap dia orang Tawau dan ada yang cakap dia dari Semporna tetapi kita tidak dapat menerima dia di sini," katanya.
Fifi Harteeny Marzuki
Sun Apr 29 2018
Sentimen 'calon luar' bukanlah faktor yang menghalang masyarakat di kawasan Parlimen Sepanggar. - Gambar hiasan
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
PRU15: Isu penolakan 'calon luar' di Padang Besar dan Arau mula reda
Datuk Zahida Zarik Khan diletak di kerusi Parlimen Padang Besar dan tokoh korporat Datuk Rozabil Abd Rahman di kerusi Arau.
PRU15: Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang
Shahidan Kassim mengharapkan pengundi di Parlimen itu menolak calon dari luar negeri berkenaan termasuk calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya berasal dari Pulau Pinang.
PRU15: UMNO Gerik tak boikot Asyraf Wajdi, patuh dan walak keputusan pimpinan
UMNO Gerik tidak bantah dan boikot Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bertanding di Parlimen Gerik pada PRU15.
PRU15: Bilik Gerakan BN Arau ditutup mungkin sebab tak puas hati pemilihan calon luar - Shahidan
Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak pasti dengan keputusan menutup semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Bahagian Arau malam ini.
Adakah sentimen 'orang luar' mempengaruhi pengundi Perak?
Calon 'orang luar' lazimnya digambarkan sebagai individu yang tidak memahami isu dan masalah setempat, apatah lagi rakyatnya.
Tolak calon luar di Sungai Siput
Calon tersebut tidak mempunyai semangat untuk membangunkan kawasan jika mereka menang kerana mereka bukanlah anak tempatan yang benar-benar faham situasi di Sungai Siput.
Rakyat Sepanggar tidak kisah calon luar bertanding
Sentimen 'calon luar' bukanlah faktor yang menghalang masyarakat di kawasan Parlimen Sepanggar untuk merasai kehangatan calon muka baharu yang akan bertanding di kerusi parlimen itu pada PRU14.