KOTA BHARU: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan mengoptimumkan penggunaan alat In-Car Radar di sepanjang laluan lebuh raya sempena musim perayaan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, penggunaan alat iCOPS turut diperluaskan bagi mengesan kesalahan trafik.
"Tindakan saman akan dikenakan pengguna jalan raya yang melakukan lima kesalahan iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan tidak mematuhi lampu isyarat," katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan tugas daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kepada pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, petang tadi.
Dalam pada itu, Mat Kasim yang turut menjangkakan empat juta kenderaan pulang ke negeri masing-masing, bermula Jumaat ini, menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dalam pemanduan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Jangkaan sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini, dan kenderaan berkenaan dijangka bergerak secara berperingkat bermula esok.
"Kami akan membuat pemantauan untuk melancarkan perjalanan masyarakat pulang ke kampung," katanya.
Menurutnya, Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aifilfitri 2022 memfokuskan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.
Tambahnya, ia turut meminimumkan kes kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut.
Wanna Abd Rahim
Thu Apr 28 2022
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, penggunaan alat iCOPS turut diperluaskan bagi mengesan kesalahan trafik. - Astro AWANI
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Maklumat statistik kes kemalangan secara harian disiar secara 'real time'
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian.
Tiga remaja perempuan ditahan tunggang motosikal secara berbahaya
Tiga remaja perempuan yang mendakwa mereka daripada 'kelab motosikal Awek Melaka' ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Op Selamat 21: Jumlah kemalangan, kemalangan maut menurun pada 2024
Jumlah kemalangan dalam Op Selamat 21 merekodkan penurunan sebanyak 10 peratus berbanding Op Selamat 19 pada tahun lepas.
Anggota trafik ditempatkan di lokasi kemalangan, kesesakan - JSPT
Ia sebagai langkah proaktif JSPT Bukit Aman bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah.
Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.
Hanya segelintir salah guna lorong kecemasan - Bukit Aman
Terdapat segelintir sahaja pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan sewaktu pemantauan di awal musim perayaan ini.
PDRM guna alat khas kesan kesalahan traffik
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan mengoptimumkan penggunaan alat In-Car Radar di sepanjang laluan lebuh raya sempena musim perayaan ini.
Rentas negeri: Aliran trafik lancar walaupun kenderaan bertambah
Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa dikesan walaupun rentas negeri dibenarkan bermula tengah malam ini.
82 kemalangan maut seluruh negara dalam 6 hari, Selangor kes tertinggi
Sebanyak 82 kemalangan maut direkodkan dalam tempoh enam hari Op Selamat 16 sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak 18 hingga 23 Januari lalu.