KUALA LUMPUR: Polis akan menempatkan anggota trafik di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan dan kesesakan di seluruh negara sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu minggu depan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan semalam berkata, ia adalah sebagai langkah proaktif jabatan berkenaan bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah susulan perayaan dan cuti umum.
"Berdasarkan laporan pihak konsesi lebuh raya, dijangka sehingga dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya pada Sabtu hingga Selasa ini dan sempena Tahun Baharu untuk pulang ke kampung masing-masing dan bercuti," katanya.
Beliau berkata JSPT sentiasa berkolaborasi bersama pihak konsesi lebuh raya agar tindakan penyuraian kesesakan aliran trafik dapat disegerakan sekiranya berlaku kes kemalangan.
Pengguna lebuh raya diminta peka dengan maklumat trafik semasa dan kemudahan yang boleh digunakan sekiranya menghadapi kecemasan di lebuh raya.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Dis kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan Hari Krismas, Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Mohd Azman berkata JSPT sentiasa berkolaborasi bersama pihak konsesi lebuh raya agar tindakan penyuraian kesesakan aliran trafik dapat disegerakan sekiranya berlaku kes kemalangan. - Gambar fail BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Selasa sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.

Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong zahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.

Sambutan Krismas: Kebersamaan rakyat dituntut agar negara terus membangun - PM
Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar.

Bursa Malaysia ditutup pada 25 Disember 2023 dan 1 Januari 2024
Bursa Malaysia Bhd akan ditutup pada Isnin 25 Dis, 2023 sempena cuti umum Hari Krismas serta Isnin, 1 Jan 2024 sempena Tahun Baharu 2024.

Anggota trafik ditempatkan di lokasi kemalangan, kesesakan - JSPT
Ia sebagai langkah proaktif JSPT Bukit Aman bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal
Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian, titah Seri Paduka Baginda berdua.

Banjir: Baju Krismas tiada, persiapan sambut bayi musnah
Apa yang tinggal pada mangsa ketika ini, hanya semangat untuk bangkit semula berbekalkan sokongan daripada keluarga yang jauh di mata.

Saya adalah Santa Claus, saya beri hadiah kepada Milan - Ibrahimovic
Penyerang veteran itu turut membantu The Rossoneri kembali sebagai pencabar gelaran Serie A sejak kembali buat kali kedua Januari lalu.