Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah untuk membuat sekatan jalan raya di Pasir Gudang dan kawasan sekitarnya bagi memastikan tidak berlaku aktiviti membawa keluar sisa toksik secara runcit oleh industri.
Arahan dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga susulan berlakunya insiden sesak nafas dan muntah membabitkan murid dan pelajar dari beberapa sekolah di kawasan itu, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata sekatan dilakukan sejak 21 Jun lepas membabitkan seramai 30 anggota polis, setiap hari.
"Asasnya kita takut dia (kilang yang terlibat dengan insiden) bawa sisa toksik itu keluar," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Mohd Khuzzan berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam masa sama akan melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bagi memastikan 250 lagi premis kilang yang dikenal pasti mengendalikan bahan-bahan berbahaya, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Bagi mengelak insiden sama berlaku, tindakan tegas penahanan operasi akan dikenakan kepada industri yang didapati melanggar SOP yang digariskan," katanya.
Tambahnya, 30 premis terdahulu yang disenarai pendek oleh pihak berkuat kuasa kerana berisiko tinggi menyumbang kepada punca insiden berkenaan telahpun diperiksa dan hasilnya - satu daripada premis berkenaan iaitu premis yang memproses sisa toksik telah diarahkan membuat pelupusan sisa mereka, serta-merta.
"Sekarang kita lupuskan dulu bagi memastikan keadaan di Pasir Gudang selamat. Pelupusan sudahpun bermula dan dilakukan oleh premis itu sendiri dan akan disambung esok," katanya.
Ditanya berapa jumlah sisa toksik yang dilupuskan itu, Mohd Khuzzan berkata itu akan dimaklumkan kemudian, namun beliau menegaskan ia (sisa) tidak ada kena-mengena dengan sisa toksik dari pencemaran Sungai Kim Kim.
"Kita sudah mengambil sampel sisa toksik berkenaan untuk siasatan lanjut mengenai kaitannya dengan pencemaran udara kali ini," tambahnya.
Berhubung mangsa yang masih diwad dan dirawat di hospital pula, beliau berkata setakat pukul 12 tengah hari ini, tiada kes baru dilaporkan, selain sembilan orang yang masih berada di wad.
Semua mangsa berumur dari lapan hingga 17 tahun.
"Perkembangan positif ini adalah hasil keputusan kerajaan menutup 111 buah sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan, tiga institusi pendidikan tinggi, 14 sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, mulai 25 hingga 27 Jun.
"Penutupan ini adalah signifikan memandangkan dari hari pertama kejadian, mangsa yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar sekolah dan kanak-kanak di sekitar Pasir Gudang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2019
Mohd Khuzzan (dua, kanan) dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Yahaya Madis (dua, kiri) pada sidang media di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang, hari ini. --fotoBERNAMA
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
NRES harap Belanjawan 2025 tumpu usaha perkasa JAS - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap hasrat untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau
JAS sedang menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki melakukan pencemaran sehingga menyebabkan bau busuk di Sungai Tebrau.
Kerja pembersihan dua lokasi tercemar bermula hingga 22 September - Exco
Kerja pembersihan sisa bahan terjadual itu akan dibuat di dua lokasi iaitu Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika.