Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikrar untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dalam usaha menjaga ketenteraman awam.

Pengarah NKRA Jenayah PDRM, Datuk Ayub Yaakub menekankan, antara aspek yang dititik beratkan adalah persepsi masyarakat terhadap usaha polis dalam memerangi jenayah.

Jelas Ayub, memasuki fasa kedua, PDRM memfokuskan keselamatan di kawasan-kawasan perumahan disamping meneruskan inisiatif sedia ada.

Pada masa yang sama, PDRM sendiri juga perlu menilai kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya agar misi mengikis persepsi negatif dapat direalisasikan.

Ayub berkata demikian ketika menjadi tetamu Agenda Awani dengan topik -memantapkan langkah memerangi jenayah.